MH001 Heathrow Kuala Lumpur

Pulang. KL – London #mh001

A post shared by MNM (@denniszill) on

Akhirnya, selepas jenuh mengembara mencari pengalaman di negara orang selama 14 hari camtu….kami pulang jua ke tanah air. Rasa rindu lah pula dengan Malaysia kannn. Rindu dengan makanan dan keselesaan di tempat sendiri.

Lapangan Terbang Heathrow ni besar gedabak katanya. Macam untuk MAS, diorang letak kat Terminal 4. Yang syoknya, kat sini tak lah semewah/meriah macam kat KLIA dan KLIA2. Kat sini biasa-biasa je. Tak tahulah pula macam mana keadaannya kalau kat Terminal lain.

Flight kami pukul 9.35 malam camtu. Tapi kami datang awal lebih kurang pukul 3 lebih macam tu. At that time, hujan salji turun kelihatannya. Wowwwwwwww syok melihatnya. Jakon pulak. Khabarnya pada masa yang sama, kat Amsterdam pun tengah mula bersalji dan air kat terusan diorang dah beku. Amboiiiiiii rugi lah pula rasanya hahahaa.

Ohhh ya, kawalan keselamatan kat sini agak (sangat) ketat tapi mesra pelanggan. Para pekerjanya tak lah se serious kat temoat lain. Boleh bermesra dan bergurau senda dengan pelanggan. Aapun, prosedur tetap berjalan dengan ketat. Diorang check satu persatu…every single beg. Alhamdulillah, aku tiada masalah untuk itu walaupun terpaksa menunggu agak lama lah juga. Oleh kerana kat negara orang dan demi keselamatan, kita ikut je lah prosedur mereka.

Setelah 12 jam 12 minit. Syukur

A post shared by MNM (@denniszill) on

Perjalanan pulang kami lebih cepat iaitu sekitar 12 jam 12 minit. Berbanding dengan perjalanan pergi kami tempoh hari yang memakan masa lebih 14 jam kot. Sebab diorang guna laluan yang lain. Adalah satu laluan tu yang tak diizinkan.

Alhamdulillah, aku tidur dengan sangat sangat lena dan terasa sekejap je…dah sampai. Suatu kenangan dan pengalaman yang tak sangka-sangka aku dapat rasai. Syukur.

Membeli Belah di Bicester Village

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sengaja ambil / publish sekepingje gambar disini. Sebab terasa sensitif lah pula hahaha. Bicester Village nie factory outlet. JAdi, barangan yang dijual kat sini boleh tahan murah dengan diskaun yang kow kow lah kononnya. Macam mana nak datang sini? Rujuk laman web : https://www.bicestervillage.com

Kami bertuah sebab dapat harga tiket via train yang murah. Hanya GBP14 seorang untuk pergi balik. Kalau harga biasa, memang mahal mencanak-canak katanya. Mungkin murah sebab kami pergi pada hari biasa + tidak cuti umum disana.

Selalunya oang akan naik bus kalau nak dtaang sini. Naik train mahal katanya. Senang kalau naik train sebab kedudukannya yang dekat amat dengan lokasi factory outlet nie. Jalan kaki je dikkk.

Murah tak harga kat sini? Bagi aku biasa biasa sahaja. Tak banyak pilihan sangat berbanding Paris dan Itali. Rasanya kalau beli di Itali atau Paris, harganya lebih murah kot. Mungkin lepas UK keluar dari EU nanti, harganya lebih mahal lagi kot. Orang sini kata harga kat negara EU lebih murah.

Lagipun, aku tngok, kebanyakan jenama / produk popular adalah Paris/Itali. Aku kan dah pergi Paris dan seluruh Itali. Jadi, boleh rasa lah perbezaan harganya. Aku perasan, banyak produk berjenama dari Itali rupanya. No wonderlah.

Moral of the story, kalau nak berbelanja mewah, pergilah Itali. Sana produk berkualiti dan harga pun lebih murah. Aku pun tak tahu mana satu produk berjenama yang negara origin nya adalah UK. Tak banyak pilihan yang berkenan dihati/poket.

Apapun, tak berkenan pun, beribu juga habis. Pengsan

Membeli Belah di Harrods

Terherot jappp

A post shared by MNM (@denniszill) on

Harrods ni kat salah satu tempat membeli belah popular kat London. Normally orang mesti akan datang kat sini. Beli atau tidak itu belakang kira. Kiranya nampak macam sini ni Starhill kalau kat Malaysia. Penuh dengan barangan berjenama. Lengkap 1001.

Pertama kali masuk dalam sini rasa macam semuanya branded je. Rupanya, selepas kali kedua masuk dalam, penuh dengan pelbagai jenis barangan lain juga. Siap ada barangan dapur, rumah, dekorasi, restoran dan bla bla bla. Kene tengok kat peta diorang. Memang pelbagai jenis.

Diorang pun ada keluarkan barangan jenama sendiri – Harrods. Adalah kami beli ole-ole untuk diri sendiri dan yang tersayang. Kawan aku kirim Huda Beauty. Gigihlah juga mencari kat mana kiosk diorang. Jumpa akhirnya. Katanya tengah trending jenama nie. Layankan sahaja huhu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kat area sini pun ada butik Zara. Boleh tahan murah / berbaloi jugalah harganya. Beli lah beberapa helai. Tapi kebanyakan barangan aku beli di Primark sebab harganya yang murah dan baranganyang unik. ahaks. Apapun, kebanyaka barangan yang dijual kat sini mesti keluaran negara Asia. Paling tidak pun China mari pun mesti ada.

Berkunjung ke Stadium Chelsea

A post shared by MNM (@denniszill) on

Stadium Chelsea pun ada kat London. Aku ingatkan pasukan kat UK ni satu bandar satu pasukan. Rupanya ada juga yang lebih daripada satu.

Sama macam Arsenal, stadium chelsea ni pun dekat dengan kawasan kediaman penduduk setempat. Ala-ala sebeang jalan je rumah orang.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Stadium Arsenal memang nampak stadium, tapi aku tak nampak Stadium Chelsea ni stadium. Ke aku sendiri yang memang jakon. Tak tahu mana satu pintu masuk. Tak ada rupa stadium aku tengok.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kagum dengan diorang.

Kami sempat lah juga beli cenderamata kat sini. Buat kenang-kenangan

Berkunjung ke Stadium Arsenal

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ohhhh tak tahu pula aku, Stadium Arsenal terletak di London rupanya hahaha. Google Maps dan terus pergi ke sini. Tak jauh mana pun. Kat sini pun kiri kanan bus / underground banyak. Ada beberapa station underground disini. Sesuailah kan sebab kalau ada perlawanan mesti penuh sesak dengan penonton.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Nama stadium diorang dinamakan sebagai Stadium Emirates. Mungkin penaja utama pasukan ini kot.

Time aku datang tu orang tak ada. Tour untuk masuk ke dalam stadium pun tak ada time tu. Mungkin ada masa/hari tertentu kot. Untunglah sebab kalau tak, mesti ramai orang. Susahlah nak bergambar hihi.

Ohhh nampak juga beberapa kumpulan orang Malaysia. Student Malaysia yang ada kat sini kot. Arsenal pun boleh tahan ramai penyokongnya di Malaysia kan. Aku? tengok bola pun malas. Datang sini pun sebab sengaja isi masa lapang ahaks.

Tak tahu kat mana kedai menjual barangan cenderahati mereka. Tak jumpa.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Victoria & Albert Museum

A post shared by MNM (@denniszill) on

Aku pun tak tahu letak mana video & gambar depan tatkala di di Victoria & Albert Museum nie. Antara museum percuma yang dibuka kepada orang awam kat London. Kat sini ada beberapa museum. Tapi aku pilih Victoria & Albert Museum je pada ketika itu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Hajat nak masuk ke British Museum. Tapi harganya agak mahal pula. Jadi terpaksalah pergi yang percuma je dulu. Kalau tak, mesti syok menghabiskan masa di British Museum kann. Sedih. Tak apa lah, next time kumpul duit dan pergi menelaah di museum puas2 huhu.

Hairan, pada kelita itu aku tak pula ambil gambar / video suasana dalam museum nie. Tak seghairah macam kat tempat lain. Walhal cantik dan unik juga suasana dalam museum nie.

Rugi sebab tak ada banyak kenangan yang diambil.

But seriously, berbaloi juga masuk dalam museum ni. Walaupun murah, banyak koleksi mahal yang ada kat sini.

Kensington Palace London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Mana lagi tempat yang kami pergi? Ermmmm Kensington Palace yang kini menjadi kediaman bagi Putera William sekeluarga (katanya). Kat sekeliling istana ini ada taman besar yang cantik amat.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Aku pun tak tahu mana satu pintu depan belakangnya. Nampak macam semuanya sama je. Kediaman rasmi memang macam ini kot.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Nak masuk dalam istana ini kene bayar. Tapi lupa plak nak tengok berapa. Rasanya macam tak berbaloi untuk aku masuk dalam tu. Tapi kalau kalian nak masuk, boleh pergi ke laman web : www.hrp.org.uk/kensington-palace/ untuk info berkaitan.

Ada ketikanya, mereka pun ada anjurkan pameran khas. Macam time kami datang tu, diorang bakal anjurkan pameran berkaitan Puteri Diana. Boleh lah pada sesiapa yang berminat datang menjenguk kat dalam tu.

Istana dan taman berpisah tiada. Aku memang suka tengok taman-taman mat salleh nie. Simple. Pokok besar dan padang yang menghijau. Kemudian ada tasik sikit yang dimeriahkan dengan ikan/unggas. Jinak pulak tu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ramai juga nampak orang berjogging. Oleh kerana cuaca sejuk dan mataharipun malu alah nak keluar, jadi tak perlu risau berpeluh. Nak berjogging pukul 12 tengahari pun tak ada masalah hahaha. Tak panas.

Lama aku habiskan masa kat tasik / kolam yang ada banyak angsa dan burung. Sebab nampak jinak je kan. Kalau kat Malaysia, susah nak tengok suasana macam nie. Ada ke?

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Westminster Abbey London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Gereja diorang yang popular. Katanya kebanyakan perkahwinan diraja yang popular berlangsung kat sini. Gereja gothik lama yang penuh dengan sejarah dan masih terpelihara sampai sekarang. Dibiar kelihatan klasik macam tu je. Nampak usang/buruk tapi penuh berseni. Like it.

Ini kalau kat negara kita rasanya lama dah alamai proses renovate sana sini agaknya hihi.

Selalunya boleh masuk dalam, tapi tak tahu kenapa time aku datang tu tutup. Mungkin hari ahad kot. Diorang ada upacara tertentu. Kalau tak, boleh lah masuk dalam tengok apa ada dalam tu. Kat Notre Dame Paris aku masuk…penuh berseni gitew.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Westminster Abbey ni pun dekat dengan Big Ben dan yang seangkatan dengannya. Kat seberang jalan sana tak jauh dari situ pun dah boleh nampak London Eye. Rasa tiada keperluan untuk naik London Eye, jadi kita ambil je gambar sebagai kenang-kenangan.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tak jemu datang sini banyak kali sebab suasananya meriah, cantik dan ada nilai estetika tersendiri.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ada banyak sangat daya tarikan kat sini. Rasnaya seharian habiskan masa kat area sini pun tak apa. Boleh leka bergambar sakan kat sini. Tak apa, next time.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Royal Palace London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Berhampiran dengan Tower Bridge ini pun ada Royal Palace. Salah satu daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Seakan istana dan kubu lama macam tu lah lebih kurang. Memang terpelihara dan dijaga dengan baik walaupun kiri kanan kawasan ini penuh dengan bangunan moden.

Nak masuk dalam ini kene bayar. Kalau tak silap GBP25 kot. Mahal untuk pertukaran mata wang kita. Jadi kita tengok dari luar sahaja ler.

Kat area sini pun ada KFC Halal. Oleh kerana cuaca amat sejuk dan berangin, jadi kami pun melepak jap dalam KFC tu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sangat cantik persekitarannya. Moden dan Klasik bergabung.