Kalau pergi Bangkok, mesti akan menyinggah di MBK Shopping Mall. Salah satu tempat membeli belah dan makan-makan kegemaran.
MBK Shopping Mall Bangkok – kompleks membeli belah 8 tingkat yang mempunyai kira-kira 2,000 unit kedai, restoran dan servis outlet dengan keluasan sekitar 89,000 meter persegi.
MBK juga dikenali sebagai Mahboonkrong sempena nama ibu bapa pemaju yang membangunkan pusat membeli belah ini iaitu Sirichai Bulakul – Mah & Boonkrong.
Dimiliki oleh Thanachart Bank & Dusit Thani Group dan merupakan pusat membeli belah terbesar di Asia sewaktu mula dibuka pada tahun 1985.
Sumber: Bangkok.com
Lokasi: Pathumwan Intersection / Pathum Wan district Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 mlm Bangkok Mass Transit (BTS): National Stadium
Tahukah anda, Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn) merupakan bunga kebangsaan bagi negara Thailand.
Bunganya kecil-kecil dan berwarna kuning. Orang Thai khususnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan.
Selain itu, ia juga menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke Mei.
GAJAH PUTIH (atau gajah albino) ialah gajah biasa dan tidak bezanya dengan spesis gajah biasa yang lain.
Sumber: Dream Life
Ia sering digambarkan sebagai berwarna putih salji, walhal kulit ia sebenarnya berwarna coklat lembut kemerahan yang berubah menjadi warna merah muda apabila basah. Ia memiliki bulu mata dan kuku yang lentik.
Di Thailand, gajah putih (Bahasa Thai: chang phueak) dianggap suci dan sebagai simbol kekuasaan kerajaan. Semua gajah putih yang dijumpai harus diberikan kepada Raja.
Semakin banyak gajah putih yang dimiliki oleh raja, dipercayai akan semakin besarlah kekuasaannya dan semakin baik nasib kerajaannya. Kerana tradisi-tradisi inilah Negeri Siam juga mendapat jolokan sebagai Negeri Gajah Putih.
Raja Thailand – Bhumibol Adulyadej atau “Rama IX” dikatakan memiliki sepuluh ekor gajah putih. Di Thailand, meskipun memiliki kulit pucat, seekor gajah putih tidak semestinya albino. Calon haiwan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria fizikal dan perilaku (termasuk warna mata, bentuk ekor dan telinga, dan kecerdasan). Gajah yang lulus ujian kemudian dimasukkan ke dalam salah satu dari empat kategori dan ditawarkan kepada raja.
Sumber: Wikipedia
Pada zaman dahulu, Kerajaan Siam akan memberikan gajah putih yang berkualiti rendah kepada teman dan sekutu raja Siam sebagai hadiah. Kos untuk memelihara haiwan ini sangat tinggi. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai haiwan suci, gajah putih ini tidak boleh disuruh untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Oleh sebab itulah gajah putih menjadi beban kewangan yang besar kepada penerima hadiah atau pemiliknya sehingga hanya raja atau orang yang sangat kaya sahaja yang mampu membeli atau memilikinya.
Bangkok atau dalam bahasa Thailand ‘Krung Thep / Krung Thep Maha Nakhon’ merupakan ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Syurga makanan bagi saya sebab macam-macam jenis makanan ada. Datang bertandang semata-mata untuk makan sahaja. Shopping? Itu perkara kedua.
Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Tahukah anda bagaimana nama Bangkok ini muncul? Apa asal usul nama ‘bangkok’?
Sumber : Payyourintern
Dikatakan, nama Bangkok berasal dari Bang Makok / Bang Koh.
Bang – sebutan dalam bahasa Thailand yang bermaksud bahagian tengah untuk kota atau desa.
Sumber: Wikipedia
Makok – nama dalam bahasa Thailand untuk Spondias pinnata /Spondias mombin / Elaeocarpus hygrophilus. Sejenis tanaman yang banyak ditanam di kawasan ini.
Koh – “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang dikelilingi oleh sungai.
Phuket, Thailand merupakan percutian luar negara aku yang pertama. Tiada niat langsung / terlintas di benak fikiran aku pun nak pergi sini. Tapi, nak buat macam mana.. dah kene pergi. Tambah pengalaman.
Pada mulanya memang takut dan takut dan takut. Tapi aku gagahkan juga semua ini. Syukur alhamdulillah. Daripada sini, aku belajar 1001 perkara baru. Disini aku kumpulkan kesemua catatan perjalanan aku. Maaf andaikata ada yang tidak faham samaada dari segi susunan ayat, bahasa dan apa-apa pun. Aku akan sentiasa membuat pembetulan dari masa ke semasa.
Tempat Menarik di Phuket Thailand – Part 1, Part 2
Jalan raya di kawasan ini akan ditutup kepada orang ramai pada belah malam bagi memberi laluan kepada Patong Party Zon
Terkenal sebagai tempat kehidupan malam yang kotor
Para pelayan akan menari nari di sekeliling tiang untuk menarik perhatian pelancong untuk datang.
Pelayan akan memujuk pelanggan untuk bermain permainan bar yang mudah seperti ‘connect’ atau ‘ Hammer the nail’ untuk memecahkan ais. Objektifnya ialah supaya pelanggan akan membeli minuman keras.
Hampir kesemua bar berkonsepkan outdoor – muzik dialunkan dengan kuat
Hat Noppharat Thara-Ko Phi Phi National Park juga dikenali sebagai Phi Phi Islands dek kerana kedudukannya yang terletak di barat dan selatan bandar Phuket
Berdasarkan kepada pengalaman aku, Menaiki bot ke Phi Phi Lea dan Phi Phi Don dari Krabi Town Chao Fah Bridge Pier adalah satu perjalanan yang amat menyenangkan dan mengasyikkan.
Musim yang sesuai untuk menaiki bot menuju ke Phi Phi Island ini adalah pada bulan November hingga April.
Pulau pulau Phi Phi terletak kira-kira 48 Km tenggara dari Phuket, 42 km ke selatan dari Bandar Krabi dan 40 km dari Pantai Ao Nang. Ia boleh mengambil masa antara satu dan setengah jam hingga tiga jam untuk sampai ke pulau-pulau ini, bergantung kepada jenis bot. Bot-bot berlepas dari Phuket, Ao Nang dan Pier Chao Jauh di Krabi Town pada setiap hari.
Terdapat banyak aktiviti kayak, snorkeling dan memancing yang dibuat disini.
Suhu laut kekal pada 29 darjah Celsius sepanjang tahun
Pada waktu pagi, cara terbaik untuk menghabiskan masa di phi Phi Island ialah dengan melakukan aktiviti snorkeling – Terdapat banyak terumbu karang yang cantik + ikan ikan yang unik + air laut yang jernih.
Selepas letih dengan aktiviti snorkeling pada waktu pagi, perkara seterusnya yang terbaik ialah dengan melepak di Long Beach. Terdapat beberapa pondok kecil jenis pancake yang dibina dihujung pantai yang berbatu – sesuai untuk ambil gambar 🙂
Phi Phi Island telah diundi sebagai pulau ketiga tercantik didunia
Khabarnya, Patong Beach ini antara yang tercantik di Phuket ini. Jadi, sebaik sahaja balik dari Phi Phi Island kami terus pergi ke Patong Beach untuk merasa mandi pantai. Pengsan
Jalan kaki je pun nak pergi sini. Memang berhampiran dengan hotel.Disinilah tsunami 2009 berlaku. Tengok punya tengok…..secara islamiknya, memang tak hairanlah ………………………. Continue reading “PHUKET – PATONG BEACH”