Tempat Menarik di Langkawi – Taman Geo Rimba Batu Kapur Kilim

Taman Geo Rimba Batu Kapur Kilim ini berpusat di sekitar Sungai kilim di bahagian timur laut Langkawi. Ia meliputi kawasan hutan simpan seluas kira-kira 100 km persegi.

Macam mana hendak merasai pengalaman berada disini? Anda boleh ke Jeti Sungai Kilim atau Jeli Tanjung Rhu untuk menyewa perkhidmatan bot secara persendirian atau berkongsi dengan penumpang lain. Tempoh pengembaraan akan mengambil masa antara satu hingga empat jam.

Bagi mereka yang ingin mengembara sambil mendengar penerangan dan penjelasan secara saintifik, bolehlah menempah bot daripada mana-mana operator pelancongan. Pada masa yang sama, jika pengunjung sekadar mahu menikmati perjalanan dan mahu berjimat, boleh menempah terus dengan mana-mana pemandu bot yang berada di jeti berkenaan.

Sepanjang pengembaraan, pengunjung akan dibawa menyelurisi muara Sungai Kilim yang berlatar belakangkan pepohon bakau. Pengunjung juga akan dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang tinggal di hutan bakau berkenaan. Antaranya anak ketam dan ikan belacar bermain-main di gigi air, ular, buaya, monyet, biawak, memerang dan pelbagai spesis burung.

tempat menarik di langkawi pada waktu malam,tempat makan best di langkawi,muzium 3d langkawi,tempat shopping di langkawi,pasar malam langkawi,kereta kabel langkawi,langkawi pulau dayang bunting,underwater world langkawi,

Tempat Menarik di Langkawi – Pantai

Pantai Cenang

Pantai paling popular dikalangan pelancong. Terdapat 1001 kemudahan termasuklah hotel, chalet, restoran, spa, pusat huburan etc. Kebanyakan kedai, bar dan restoran dibuka sehingga lewat malam menjadikan kawasan ini ‘hidup’ dan menerima ramai pengunjung sepanjang hari. Memang meriah. Nak naik jet ski, kayak, banana boat etc pun ada.

Pantai Tengah

Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang yang hanya dipisahkan dengan sebuah kawasan berbukit. Serba serbi kemudahan yang ada di Pantai Cenang, turut ada di sini. Namun, suasananya lebih tenang dan tidak seramai pengunjung di Pantai Cenang.

Pantai Pasir Tengkorak

Dikatakan antara pantai tercantik di Langkawi. Ia terletak berhampiran dengan Teluk Datai. Namun, dek kerana kedudukannya yang agak jauh kira-kira 37 km dari Pekan Kuah, pantai ini lebih banyak dikunjungi oleh penduduk tempatan berbanding pelancong. Pasirnya putih, lautnya jernih dan ada deretan pokok kelapa disekitarnya. Memang sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda.

Pantai Teluk Yu

Namanya sahaja Pantai Teluk Yu. Tapi tiada ikan yu pun kat sini. Pantai ini terletak di Jalan Teluk Yu, kira-kira 21 km dari Pekan Kuah. Terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Hitam. Pantai ini sebahagian besarnya akan tenggelam ketika air pasang.

Pantai Pasir Hitam

Uniknya pantai disini ialah kerana pasirnya yang halus dan berwarna hitam. Terletak di Jalan Teluk Yu berhampiran dengan Pantai Ikan Yu. Mitos penduduk tempatan menyatakan asalnya pasir di pantai ini putih, tapi bertukar kepada warna hitam selepas disumpah oleh Puteri Duyung yang marah dengan perbuatan seorang nelayan yang mencuri cincinnya.

Pantai Kok

Keadaan persekitaran di pantai ini lebih aman dan tenang sebab tiada hotel, chalet atau restoran melainkan dua buah hotel mewah yang terletak berhampiran dengannya. Pantai ini terletak di bahagian barat Pulau Langkawi iaitu kira-kira 30 km dari Pekan Kuah.

Pantai Tanjung Rhu

Merupakan tanjung berpantai landai yang terletak di timur laut Langkawi. Pada sesiapa yang sedang asyik bercinta, bolehlah datang sini. Sebab katanya disinilah pantai paling romantis di Pulau Langkawi. Lautnya biru kehijauan dan ada banyak pokok rhu disekitar pantai ini. Antara lokasi paling cantik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

Pantai Teluk Burau

Hanya bahagian tengah pantai ini sahaja yang dibuka kepada orang awam. Sebab? kedua-dua hujung pantai ini adalah kawasan persendirian milik dua hotel mewah. Pantai ini berlatarkan kaki Gunung Mat Cinchang. Sangat sesuai untuk aktiviti perkelahan, snorkeling. Disini juga merupakan tempat tumpuan habitat semulajadi pelbagai spesis burung.

Pebble Beach

Tidak sesuai untuk mandi-manda atau aktiviti perkelahan. Kecantikannya lebih kepada keunikan pantainya yang diliputi oleh batuan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Pantai ini terletak berseberangan dengan air terjun Temurun di Datai. Untuk datang ke sini, pengunjung perlu meredah laluan belukar kira-kira 50m. Kedudukannya pun sedikit tersorok sebab ketiadaan papan tanda (katanya). Kalau nak ke sini, perlu datang ketika air laut sedang surut sebab sebahagian besarnya akan tenggelam ketika air pasang.

Tempat Menarik di Langkawi – Air Terjun

Air Terjun Telaga Tujuh

Namanya diambil sempena 7 buah mata air yang mengalir membentuk 7 buah kolam semula jadi di sini pada ketinggian yang berbeza. Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak di cerun Gunung Mat Cinchang. Jadi, panorama indahnya boleh dilihat daripada atas menggunakan kereta kabel.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Tapi pengunjung perlu membayar RM2 (kereta) atau RM1 (motosikal) untuk parking. Air terjun disini pun ada musimnya. Dimana airnya mencurah dengan banyak sepanjang bulan September hingga Oktober. Pada bulan-bulan lain, curahan airnya ada tapi pada kuantiti yang kecil. Namun, kolamnya masih penuh dan tetap sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Air Terjun Temurun

Air terjun ini terletak di Teluk Datai iaitu kira-kira 42 km dari Pekan Kuah. Air terjun paling tinggi di Langkawi ini mempunyai 3 aras jatuhan air dan salah satu daripadanya berukuran kira-kira 30m mencurah ke kolam.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk pengunjung. Sama seperti Tujuh Telaga, air terjun Temurun ini meriah ketika musim hujan sepanjang bulan September hingga Oktober.

Air Terjun Durian Perangin

Terdapat banyak pokok Durian Perangin disekitar air terjun ini. Dek kerana itulah ianya dipanggil Air Terjun Durian Perangin. Lokasi terletak di utara Kampung Kilim. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu merentas deretan kedai, mendaki anak tangga, jambatan gantung dan berjalan melalui laluan trek hutan.

Senarai Syarikat Penerbangan Terlibat Larangan Alat Eletronik Dalam Pesawat

Amerika Syarikat dan Britain telah menguatkuasakan larangan kemasukan peralatan elektronik tertentu ke dalam kabin pesawat melibatkan lapangan terbang dari negara majoriti penganut agama Islam di Asia Barat dan Afrika Utara ekoran ancaman keselamatan daripada kumpulan pengganas Daesh.

Negara yang terlibat (ke Britain):

  • Mesir
  • Jordan
  • Lebanon
  • Arab Saudi
  • Tunisia
  • Turki

Negara Terlibat (ke Amerika Syarikat)

  • Turki
  • Mesir
  • Arab Saudi
  • UAE
  • Qatar
  • Kuwait
  • Maghribi

Penumbang yang terbang terus dari negara terbabit tidak dibenarkan membaa masuk komputer riba, tablet, pemain DVD mudah alih, kamera dan telefon pintar melebihi 16 sentimeter ke dalam kabin pesawat. Mereka hanya boleh menyimpannya di dalam bagasi.

Syarikat Penerbangan yang Terlibat

BRITAIN

Syarikat Penerbangan Britain

  • British Airways
  • Easy Jet
  • Jet2.com
  • Monarch
  • Thomas Cook
  • Thomson

Syarikat penerbangan luar

  • Turkish Airlines
  • Pegasus Airways
  • Atlas-global Airlines
  • Middle East Airlines
  • Egypt Air
  • Royal Jordanian Airlines
  • Tunis Air
  • Saudi Arabia Airlines

AMERIKA SYARIKAT

  • Royal Jordanian Airlines
  • Egypt Air
  • Turkish Airlines
  • Saudi Arabia Airlines
  • Kuwait Airways
  • Royal Air Maroc
  • Qatar Airways
  • Emirates
  • Etihad Airways

Lapangan Terbang Terlibat

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V, Casablanca Maghribi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul Turki
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Aueen Alial, Amman Jordan
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah Arab Saudi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh Arab Saudi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha Qatar
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, UAE
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE

Sumber: Utusan Msia / Kosmo

Terbang dari Langkawi ke Shenzen Guna AirAsia

Penerbangan dari Langkawi ke Shenzen dijangka bermula pada 21 Julai 2017 dengan kekerapan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Dijangkakan laluan terbaru ini akan dapat meningkatkan jumlah pelancong dari China ke pulau bebas cukai ini.

Pembukaan laluan ini kelak dijangka mampu meningkatkan jumlah pelancong dari China ke Malaysia dan Langkawi secara khususnya.

Ini merupakan laluan antarabangsa ketiga syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan dari Langkawi selepas Singapura dan Langkawi. China merupakan pasaran pelancong terbesar Airasia ke Langkawi diikuti oleh United Kingdom, Singapura dan India.

Selain penerbangan antarabangsa, Airasia turut mengendalikan penerbangan domestik ke dan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sumber: Kosmo, BHarian, Utusan Malaysia

Asal Usul Nama Langkawi

Mengabadikan kenangan disini. #langkawi

A post shared by MNM (@denniszill) on

Alhamdulillah, aku telah beberapa kali berkunjung ke Langkawi. 3 atau 4 kali rasanya. Pernah merasai naik dari jeti Kuala Perlis dan via Airport. Harapan aku adalah, satu hari nanti dapat bawa family especially mak aku datang jalan-jalan kat sini.

Ohhhh…sebelum itu, macam mana LANGKAWI mendapat nama? Hasil pembacaan, ada banyak nama dan versi :-

  • Katanya tiada rekod atau maklumat pun berkenaan bilakah Pulau Langkawi ini mula diduduki oleh manusia. Ia mula tercatat pada peta yang dilukis sekitar abad ke-16 dengan menggunakan nama yang berbeza. Antaranya ialah langa, Lanka, Lansura, Langapura dan Langkasuka.
  • Sewaktu melawat Melaka, Laksamana Cheng Ho juga ada menggunakan sebuah peta yang mencatatkan sebuah tempat yang bernama “Lung-Ya-Kiou-Yi”.
  • Masyarakat tempatan pula mendakwa perkataan LANGKAWI ini merupakan gabungan daripada perkataan LANG (singkatan panggilan kepada burung helang yang banyak terdapat di langkawi) dan KAWI (nama batu kapur yang banyak ditemui di Langkawi).
  • Pada tahun 1621, seorang jeneral tentera Perancis ada membuat catatan dengan merujuk pulau ini sebagai LANCAHU yang bermakna lada sulah.

Dataran Lang – tempat wajib pergi jika datang #langkawi dengan anak kechil.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Semoga segala perancangan dan aktiviti berjalan lancar #mnm #mykeledek #Langkawi

A post shared by MNM (@denniszill) on

Cakkkkkkk #Langkawi

A post shared by MNM (@denniszill) on

Pembayaran Melalui Kad

Salah satu perkara yang buat aku tergamam jap tatkala travel di eropah beberapa minggu lepas ialah, mereka telah mula mengimplimentasikan penggunaan pembayaran melalui kad – kredit atau debit. Pernah sekali tu di salah satu pusat membeli belah di Paris, mereka langsung tidak menerima wang tunai. Wajib guna kad.

Di Amsterdam pun kami menghadapi situasi yang sama. Makan di Food Truck pun mereka ada sediakan pembayaran melalui kad kredit atau debit. Sampai macam tu sekali advance nya mereka.

Kat UK jangan ceritalah, nak beli topup kat mesin pun mereka dah mula menggalakkan penggunaan kad kredit/debit. Ohhhh, ada satu ketika tu, nak beli tiket train di Paris…mereka tak terima cash. Ada beberapa tempat katanya memang tak terima wang tunai.

Dengan kata lain, nak tukar matawang pun kene berkira juga. Sebab tak semua tempat terima wang tunai. Pada masa yang sama, make sure aktifkan penggunaan kad kredit / debit sebelum keluar negara. Kalau boleh, buat 2. Satu untuk dibawa dan satu lagi simpan sebagai backup plan.

Agaknya, akan sampai satu ketika Malaysia pun ke arah macam tu. Sebab sekarang ini pun kat mana-mana bayar pakai kad kredit / debit. Cukup bulan, ko pandai-pandailah bayar hihi.

Lebih selamat atau tidak tu subjektif. Sebab ada mesin terminal yang masih tidak memerlukan penggunaan nombor pin. Tu yang rasa macam tak selamat sangat tu. Bayangkan kalau kita tak perasan kad kredit/debit kita hilang. Tetiba…takut.

PARIS AMSTERDAM LONDON

Buat kenang kenangan

A post shared by MNM (@denniszill) on


Kita rangkumkan disini cerita perjalanan aku di Paris, Amsterdam dan London. Banyak benda aku belajar dalam siri perjalanan kali ini. Ber backpacker je pun. Semua berjalan dengan lancar dan memang menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya

A post shared by MNM (@denniszill) on


PARIS

  • Kat sini memang romantik dan cantik. Bangunan diorang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kalau ambil gambar bla bla memang cantik.
  • Orang kat sini cantik dan hensem. Pandai bergaya dan mempunyai rupa paras semulajadi yang menarik. Cair tengok.
  • Orang kata sini kotor. Ya memang betul. Agak kotor dan hancing. Bau air kencing dimana-mana sahaja. Agaknya kat sini diorang tak kawal atau memang bebas je kot
  • Banyak sangat orang negara ketiga/peminta sedekah/penjual haram. Rimas kalau pergi ke mana-mana tempat pelancongan. ada je orang yang menjual barangan cenderahati secara haram. Takut tengok sebab ada yang kelihatan memaksa. Aku sendiri pun kene. Diorang paksa-paksa aku reramai. Sentap
  • Keselamatan barangan kene jaga betul-betul. Memang betul lah orang kat sini pakar menyelok saku/mencuri. Kami kene. Sebab beg kami pun disambarnya. Kami pun terjumpa dengan Malaysian yang menghadapi masalah yang sama. Nasib baik tiada barangan berharga/sangat penting dalam tu.
  • Orang sini sangat takjub dengan seni. Sana sini ada je pameran/pertunjukan kesenian.
  • Ada orang kata orang sini kat mesra. Aku tengok OK je. Mungkin culture diorang memang macam tu. Memek muka. So far tiada masalah. Pertuturan bahasa pun sopan dan lembut. Cair mendengarnya ahaks
  • Jarang-jarang lihat orang bermain hp/ anti sosial. Kedai gajet pun susah nak jumpa. Iklan-iklan gajet pun rasa macam tak nampak.

A post shared by MNM (@denniszill) on


AMSTERDAM

  • Kat sini ada ramai Indonesian. Mungkin sebab diorang pernah kene jajah dengan Belanda, jadi hubungan tu masih rapat. Macam Malaysia dengan British juga ler.
  • Orang sini lebih fasih / jelas intonasi bahasa Inggerisnya. Katanya diorang pun diterapkan dengan ajaran bahasa Inggeris.
  • Kat sini diorang pun macam kat Malaysia. Kedai gajet kat mana-mana.
  • Kat sini Ganja dan pelacuran sah dari segi undang-undang katanya. Kalau nak isap ganja, boleh je pergi ke mana-mana kedai kopi.
  • Kedai makanan segera mcm KFC/McDonalds dan Starbucks pun byk kat sini.
  • Kat sini pengangkutan utama diorang adalah basikal. No wonder majoritinya kurus dan cantik belaka.
  • Orang Islam pun nampak ramai kat sini. Siap ada yang bekerja di kedai/shopping mall.
  • Banyak jual minyak wangi. Longgok-longgok gitew.

A post shared by MNM (@denniszill) on

LONDON

  • Keselamatan kat sini agak ketat. Tapi kene positif sebab ketat kat pintu masuk negara je. Lepas tu segala-galanya terasa selesa tanpa gangguan.
  • Makanan halal senang nak dapat. Tapi, oleh kerana kami duduk menyewa rumah, jadi tak merasa makan luar sangat kecuali KFC je. Masak kat rumah je. Barangan basah beli kat pasar. Nyum nyum
  • Kos hidup/harga barangan serba serbi lebih mahal berbanding negara eropah yang lain. Biasalah, matawang GBP kan lebih tinggi
  • Ramai orang Malaysia kat sini. Orang kat sini pun ramah dan mesra pelancong. Muslim pun ramai. Kehidupan harmoni dikalangan pelbagai bangsa, budaya dan agama kat sini.
  • Sama macam negara eropah yang lain, kat sini pengangkutan awamnya sangat banyak dan effisien. Google je…segalanya ada di hujung jari. Memang mudah nak kemana-mana.

Secara keseluruhnnya (pada ketika ini), aku dah berjaya hasilkan 66 post dalam blog mykeledek ini. Kat dalam Instagram pun melambak aku update gambar sepanjang masa tatkala disana. Sengaja simpan dan load kat sana. Senang. Sebab kalau nak load dalam blog, terasa beratlah pula nanti. Jadi, aku tarik je gambar disana masuk dalam blog. Jadi, blog tak lah berat sangat.

Sebelum bertolak #mnm #mykeledek

A post shared by MNM (@denniszill) on

MH001 Heathrow Kuala Lumpur

Pulang. KL – London #mh001

A post shared by MNM (@denniszill) on

Akhirnya, selepas jenuh mengembara mencari pengalaman di negara orang selama 14 hari camtu….kami pulang jua ke tanah air. Rasa rindu lah pula dengan Malaysia kannn. Rindu dengan makanan dan keselesaan di tempat sendiri.

Lapangan Terbang Heathrow ni besar gedabak katanya. Macam untuk MAS, diorang letak kat Terminal 4. Yang syoknya, kat sini tak lah semewah/meriah macam kat KLIA dan KLIA2. Kat sini biasa-biasa je. Tak tahulah pula macam mana keadaannya kalau kat Terminal lain.

Flight kami pukul 9.35 malam camtu. Tapi kami datang awal lebih kurang pukul 3 lebih macam tu. At that time, hujan salji turun kelihatannya. Wowwwwwwww syok melihatnya. Jakon pulak. Khabarnya pada masa yang sama, kat Amsterdam pun tengah mula bersalji dan air kat terusan diorang dah beku. Amboiiiiiii rugi lah pula rasanya hahahaa.

Ohhh ya, kawalan keselamatan kat sini agak (sangat) ketat tapi mesra pelanggan. Para pekerjanya tak lah se serious kat temoat lain. Boleh bermesra dan bergurau senda dengan pelanggan. Aapun, prosedur tetap berjalan dengan ketat. Diorang check satu persatu…every single beg. Alhamdulillah, aku tiada masalah untuk itu walaupun terpaksa menunggu agak lama lah juga. Oleh kerana kat negara orang dan demi keselamatan, kita ikut je lah prosedur mereka.

Setelah 12 jam 12 minit. Syukur

A post shared by MNM (@denniszill) on

Perjalanan pulang kami lebih cepat iaitu sekitar 12 jam 12 minit. Berbanding dengan perjalanan pergi kami tempoh hari yang memakan masa lebih 14 jam kot. Sebab diorang guna laluan yang lain. Adalah satu laluan tu yang tak diizinkan.

Alhamdulillah, aku tidur dengan sangat sangat lena dan terasa sekejap je…dah sampai. Suatu kenangan dan pengalaman yang tak sangka-sangka aku dapat rasai. Syukur.