PEMANDANGAN LADANG DI ROME ITALI

20140531_095225

Terasa aman dan luas mata memandang di sepanjang perjalanan di area Rome, Itali. Eh, betul ke aku di Rome? Ladang terbentang luas dimana-mana. Tak tahulah ladang gandum ke..ladang soya ke or what so ever tanaman.

20140531_095257

Aku tengok, orang eropah ini suka bercucuk tanam secara besar besaran.

20140531_095308

 

20140529_160643

Ohh, memang cantik dan segar mata memandang. andainya diorang pun ada buat homestay kat sini, nak jugak aku merasa kannn.

20140529_160647

Di tepi hotel tempat kami menginap tu macam bangunan kilang. yang uniknya, bumbung bangunan tu diorang buat ala-ala sistem sel suria. So, diorang jana elektrik daripada situ.

20140530_055737

Memang maju dan jauh berbeza gaya hidup dan cara pemikiran orang itali ini berbanding Malaysia. Betul-betul negara maju/

20140530_055755

MELAWAT VATICAN CITY

20140530_094903(0)

Disini aku rasa bersalah sangat coz pergi melawat Vatican City. Walhal sebagai orang islam, aku tak pernah lagi mengerjakan umrah / menziarah kota suci Mekah. Tidak disengajakan. Harap aku boleh pergi ke Mekah dalam jangka masa terdekat ini. Mana tahu ada rezeki terpijak + melimpah ruah ke kan.

20140530_095017

 

20140530_102120

Ramaiiiii manusia yang datang ke Vatican City ini. Memang complicated betul bandar ini. Tembok besar sana sini.

20140530_103258

 

20140530_112100

Tak terkata aku dibuatnya coz masuk ke dalam gereja. Ini kalau keluarga aku tahu macam mana nie huuu. Aku tak pay attention sangat apa yang pemandu pelancong cakap. Hanya tengok kiri kanan sahaja sambil melihat patung sana sini.

20140530_112959

 

20140530_113018

 

20140530_113044

 

20140530_113428

 

20140530_113435

 

20140530_113449

 

20140530_113714

 

20140530_113834(0)

Tidak mahu komen + tulis banyak sangat cz takut salah info dan penerangan.

20140530_113854

 

20140530_114353

 

20140530_114705

 

20140530_114716

 

20140530_123308

MELAWAT MENARA CONDONG DI PISA ITALI

20140529_093729

Dari Venice, kemi menyinggah ke Menara Condong Pisa. Rupanya menara ini terletak di dalam perkampungan + dalam kawasan gereja. Pengsan 10 kali huhu.

20140529_100631

Ramai benor orang datang kat sini. Nak datang kene pagi pagi untuk elak orang ramai sangat + nak ambil gambar dalam view yang cantik.

20140529_100643

 

20140529_100650

Sudut yang kami ambil tu agak menghadap cahaya matahari. Jadi agak silau. Gigih adik adik semua nak ambil gambar ala-ala menolak menara itu ini lah. Ermmmmmm, aku? ada aku kisah dengan semua ini hahaha.

20140529_101717

Biasalah, dimana=mana sahaja tempat pelancongan mesti ada je pertunjukan jalanan. Kalau nak ambil gambar dengan diorang, kene bayar dahulu. Aku mana tahu sangat dan kalau tahu pun buat buat bodoh je ahaks

20140529_105247

 

Aku ambil gambar diorang ini secara tidak sengaja. Kawan yang jaga diorang kat tepi tu marah aku coz ambil gambar tanpa bagi bayaran. Marah orang tu ahaks. Terus aku cabut lari dikkkk.

BERMALAM DI MOVE HOTEL VENICE ITALI

20140527_203959

Kami bermalam di Move Hotel, Venice Itali. Salah satu hotel yang paling OK dalam trip kami ini hahahaha. Nampak lah standard nya dikk. Tenang aman dan tak ramai sangat orang. Just wonder, aku tak nampak sangat penduduk tempatan yang menginap di hotel.

20140527_204005

Lagi? Pekerja hotel kebanyakkannya tidak pandai bertutur dalam bahasa inggeris. Agaknya diorang tak pentingkan sangat bahasa kedua kot. Ada aku kisah diorang kata hahahaha.

20140527_204012

 

20140527_204556

 

20140527_204601

 

20140527_205037

 

20140527_205137

 

20140527_205146

 

20140527_205230

 

20140527_205321

Gambar ini diambil pada pukul 9 malam. Masih terang benderang lagi kat sini.

20140528_080611

Rasanya hotel ini dimiliki oleh syarikat Fiat. Sana sini ada dekorasi kenderaan fiat + sejarah syarikat.

20140528_080717

 

20140528_080750

 

20140528_080821

 

20140528_081800

PEMANDANGAN PETANG DI VENICE

20140527_192328

 Sehari suntuk kami ronda ronda dan jalan jalan di Venice, Itali. Pemandangannya sedikit lain disini. Waktu petang, orang dah tak ramai sangat. Tak tahu ke mana diorang. Di Itali ini aku sedikit hairan, macam tiada aktiviti di waktu malam. Tak tahu apa ceritanya.

20140527_192356

Restoran makan pun mula dibuka pada pukul 6 petang. Kat sini pukul 6 memang nampak terang lagi.

20140527_192711

Andainya suatu hari nanti aku ada peluang ke Itali lagi, akan aku tulis dengan detail dan tambah apa-apa info yang boleh dikongsi bersama. Seriousnya aku memang tak ready huuu.

20140527_192717

 

20140527_200146

 

20140527_200233

 

20140527_200247

 

Sedikit hairan, gerai-gerai menjual cenderamata dikendalikan oleh warga asing ( Bangla ). Siap ada yang pandai bertutur dalam bahasa melayu lagi.

MAKAN DI VENICE ITALI

20140527_153939

Pihak agen pelancongan akan bagi sarapan dan makan malam sahaja. Untuk makan tengahari pula kita kene cari sendiri atau tak payah makan.

20140527_153958

Ini adalah antara menu sama yang kami makan untuk tengahari pula. Pusing-pusing sama je. Kami berkongsi makan 4 orang.

20140527_154001

Walaupun buka citarasa, makan je lah dik.  Untuk alas perut. kalau tak silap aku, turun area 3 kg juga rasanya lepas balik dari Itali hahaha. Dengan kata lain, tidak makan nasi boleh buat kita kurus.

20140527_154015

 

20140527_154028

Serbuk lada inilah antara penyelamat rasa masakan yang kami makan. Bubuhlah sebanyak mana untuk rasa pedas dikkk.

20140527_162353

 

20140527_181811

Botol air kat sini pun lain. Semua pakai kaca dik. Tak tahulah kenapa orang Itali ini guna botol kaca walaupun untuk air mineral. Banyak sumber kaca kot.

20140527_182151

Ini adalah antara menu yang kami tak boleh blah. Spageti dimasak dengan dakwat sotong.  Nak pengsan rasanya. Yang di Malaysia pun aku tak sanggup makan, inikan pula di Itali hahaha.

20140527_183452

NAIK GONDOLA DI VENICE ITALI

20140527_142131

Pergi Venice, memang kene naik Gondola. Tak pun bergambar sahaja cukuplah kan. Aku bernasib baik coz pergi dengan bos, so dia belanja je lah aku naik huhu. Sabar je lah.

20140527_142517

 Kami naik Gondola yang terletak betul-betul di tepi Hard Rock cafe Venice. Plannya memang nak makan kat situ kemudiannya. Tapi nampak gaya makanan yang disajikan tidak bersesuaian la pulak. Sabar je lah.

20140527_142749

 

20140527_143644

Alhamdulillah la kan… syukur yang amat coz dapat merasa naik ‘sampan venice’ hihi. Lupa pula harganya berapa. Tapi memang mahalllllll.

20140527_143655

Tengok seni bina diorang dan reka bentuk bangunan yang ada. Katanya paras air semakin lama semakin naik. Lama-lama, tenggelam jugak rasanya nie.

20140527_144759

 

20140527_144835

 

20140527_144837

 

20140527_145044

Macho pula aku rasanya kat sini hahahaha.

20140527_145053

MELAWAT KILANG KACA DI VENICE ITALI

20140527_132915

Salah satu tempat yang kami pergi ialah tempat membuat / menjual / mempamer hiasan yang diperbuat daripada kaca. Mula-mula diorang bagi demo macam mana diorang hasilkan hiasan daripada kaca. Kemudian, diorang bawa jalan-jalan di dalam ruang pameran dan jualan diorang.

20140527_132918

 Gambar tak boleh ambil kat dalam ruang jualan / pameran diorang. Harganya? Agak mahal bagi aku. Lagipun diperbuat daripada kaca. Aku ini ganas orangnya. Kalau beli pun aku tak tahu nak letak mana. ahaks

20140527_132930

Beza jugalah harganya berbanding kalau beli di China. Beli atas dasar nilai estetikanya sahajalah. Nak beli + hantar via pos pun boleh. Tapi kene get ready dengan cukai by kastam je lah huhu. Better bawa sendiri lagi bagus. Cerita daripada kisah benar hahaha.

DATARAN VENICE

20140527_131053

 

Very nice view huhu. Gambar yang diambil di dataran Venice. Sambil-sambil itu, kami dapatlah juga lepak tengok manusia yang datang daripada seluruh dunia. Macam macam ragam huhu.

20140527_131059

 

Tengok tu, ada peminat JDT hahahahaha. Kelakar pula rasanya tapi memang seronok tengok. hahaha.

20140527_131213

20140527_131215

 

Katanya senibina kat sini merupakan inspirasi kepada rekaan Louis Vuitton.