HOTEL KEMPINSKI INDONESIA

20140624_202031

 

Cantik betul hotel Kempinski Indonesia ini. Ia luas, selesa dan sangat hebat. Memang sangat sesuai untuk mengubati kaki dan lenguh badan yang keletihan bekerja seharian kehulu dan kehilir melayan 1001 macam keadaan.

20140624_202428

20140624_202435

 

Pada pandangan aku, hospitaliti di Indonesia lebih baik berbanding Malaysia. Ohhh, maybe sebab kos di sini lain kot berbanding Malaysia. Lagipun Indonesia lebih kaya adat dan budayanya berbanding Malaysia. Jadi, besar kemungkinan aku sahaja yang nampak jakon dengan persekitaran disini kot.

20140624_202633

20140624_235719

20140625_000015

20140625_000025

20140625_001430

20140625_073307

20140625_073315

BELI KAIN DI BANDUNG

20140624_143920

 

Agaknya Di Pulau Jawa ini mana mana pun memang traffic jem agaknya. Di Jakarta sesak, di Bandung pun sesak juga. Memang tak terjangka dek fikiran aku, betapa sesak dan ramainya manusia di Pekan Baru, Bandung ini. Lebih hebat berbanding Jalan Tunku Abdul Rahman.

20140624_144737

 

Kain biru diatas aku beli 2 pasang, satu untuk aku dan satu lagi untuk Salina. Jenis dan warna kain yang cantik dan unik. Harga disana adalah purata RM150 untuk dibuat sepasang baju. Tak pasti harga di Malaysia berapa.

20140624_152631

20140624_152636

 

Aku tengok, banyak betul kain-kain yang nampak mahal + berkualiti. Kalau sampai di Malaysia tak tahulah berapa harganya kan? Nasib baik dapat beli kain sepasang untuk diri sendiri. Tanda kenang kenangan juga lah kan.

Tapi, seriously aku memang blur dan takut dengan bilangan manusia yang ramai di luar. Memang duduk di dalam shopping mall dengan rombongan sahaja ni.

DUDUK DI HOTEL MANA DI BANDUNG?

20140623_161916

 

Issshhhh, azab betul aku sebab lupa duduk mana semasa outstion di Bandung, Indonesia tahun lepas. Suasana yang agak letih juga sebenarnya sebab tatkala itu timing kali lari dek kerana kesesakan lalu lintas yang teruk + aku berkejaran untuk mencari prepaid telefon telco indonesia huhu.

20140623_181904

 

 

 

 

 

20140623_181907

 

Susun atur yang lebih kurang sama sahaja nampak gayanya. Biasalah, lagipun aku duduk hotel sekadar untuk tidur semata-mata. Belum lagi tahap dewa dewi nak menikmati keasyikan dan kenyamanan duduk di Hotel. Its not me. Bekerja kan.

 

 

 

20140623_181918

20140623_181923

 

Apapun, betul kata orang, kalau keluar outstion dan duduk di Hotel tu kene duduk seorang. Sebab lebih privacy dan kita nak buat kerja pun mudah. Kalau dapat teman yang OK tak apa. Kalau dapat yang huru hara, Aiyooo tak dapat nak menegurnya.

Serious, aku tak ingat kenangan duduk di Hotel @ Bandung ini. Hairan. Apa yang terjadi?

JAKARTA BANDUNG INDONESIA

Flag_of_Indonesia.svg

Menceritakan pengalaman ke Jakarta – Bandung Indonesia. Kejap jadi kejap tak jadi. Trip peribadi tak jadi, tapi trip kerja jadi. Sabar je lah. Apapun, sebenarnya seronok juga pergi ke Indonesia. Cuma sampai sekarang aku tak dapat feel lagi. Perancangan untuk shopping-shopping dan jalan-jalan itu memang ada. Cuma, perlu fikir banyak kali dek kerana jalan yang jem.

  1. Perancangan ke Jakarta – Bandung
  2. Bezanya Bandung
  3. Keretapi / persero
  4. Jakarta Bandung
  5. Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta
  6. Pilihanraya President Indonesia
  7. Makan Masakan Manado
  8. Jakarta ke Bandung
  9. Hotel di Bandung
  10. Beli Kain di Bandung
  11. Hotel Kempinski Jakarta

JAKARTA KE BANDUNG

image

Habis je makan di Restaurant Beautika Khas Manado, kami bertolak ke Bandung. Aiyoooo, katanya jarak perjalanan Jakarta ke Bandung ialah 150KM. Kami bertolak area pukul 3.00 petang. Sampai ke Hotel / Bandung area pukul 5.50 petang camtu. Pengsan

image

Haiyoooo, jem yang teruk sepanjang perjalanan. Nasib baik ada rider, cepat sedikitlah juga. Kalau tiada rider, tak tahulah sampai pukul berapa. Sabar je lah.

Aku pulak, dok keletihan yang amat sampaikan lupa nak ambil gambar time traffic jam. Sabar je lah.

Tapi memang taubat hihi.

MAKAN MASAKAN MANADO

image

Pertama kali makan masakan Menado. Salah satu restoran masakan Manado yang popular di indonesia ini ialah Restaurant Beautika. Terletak di area Universitas Mustopo, Jakarta.

image

Aku tak order makanan. Serahkan sahaja kepada bos-bos untuk order makanan. I follow je. Tak tahu macam mana rupanya masakan Manado huhu.

image

image

Inilah antara makanan yang dipesan oleh bos-bos. Pedas yang amat dikk. Hairan aku, cili jenis apa yang diorang gunakan dalam masakan. Pedas sampai ke telinga.

image

image

Tengoklah En Syed, makan sampai keluar air mata dibuatnya hahahahaha.

Tak pedas, makan tak sedap dikkkk.

PILIHANRAYA PRESIDEN INDONESIA

image

Rupanya sekarang ini, Indonesia sedang rancak berpilihanraya bagi memilih Presiden yang baru huhu. Bulan depan katanya diorang mengundi. Then, dijangkakan pada bulan 10 ini diorang akan dapat seorang Presiden baru.

Aku sendiri tak faham sangat dengan sistem negara republik nie. Macam mana diorang pilih pun tak tahu cz Malaysia pilih parti…bukan individu.

Kat mana mana ada je banner, billboard dan kain rentang calon yang bertanding. Tapi tak lah se messy kat Malaysia. Kat sini aku tengok still under control lagi hihi.

LAPANGAN TERBANG SOEKARNO HATTA, JAKARTA

image

Syukurlah nak, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Indonesia. Gigih mencilok dari dari seat No 23 ke No 17. Aku ler orang paling last yang keluar dari flight. Sampaikan big bos tunggu aku.

image

Tak tahu ler apa yang travel agensi itu fikirkan. Ini kalau SUA tahu, mahu dia ‘menegur’.

image

Ermmm, rugi tak ambil gambar time nak landing tadi. Nak buat macam mana, hati tak keruan menahan nak buang air hihi. Nampak macam meriah je sektor perikanan kat area sini ( tengok dari udara ).

Tak banyak nak cerita pasal pengalaman di lapangan terbang ini cz aku pergi untuk urusan rasmi. Apapun, agak besar jugak lapangan terbang nie. Sampaikan nak pergi ke bilik rehat pun kene naik bus.

image

Unik hiasan dan bau wangian kat sini. Very the jawa u ollz.

image

image

JAKARTA BANDUNG

image

Ke Jakarta Bandung lah pula. Entry Itali tak siap lagi, sudah travel plak ke Indonesia. OK OK, now aku kene kembali buat entry secara LIVE. Semua kene buat secara live blogging.

Insyaallah, kita usahakan ahaks.

image

Hurmm, ini adalah lawatan rasmi ke luar negara aku. 3 hari jugalah kan. Doakan yang baik baik sahaja OK.

2 jam masa perjalanan KLIA to Airport Jakarta. Hurmm seat aku A, susah nak keluar. Speechless jap. Dapat orang sebelah yg agak sombong dan tidak mesra alam. Hishhhh, nak keluar kencing pun susah. Sentap!