Sejarah Bendera Thailand

Dalam catatan rasmi, bendera Thai digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1855 oleh Raja Mongkut (Rama IV). Ia memaparkan seekor gajah putih (lambang kerajaan) berlatar belakangkan warna merah.

Pada tahun 1916, bendera Thai diubah sama seperti bentuk yang digunakan sekarang. Namun pada mulanya, jalur yang di tengah berwarna merah seperti jalur yang berada di lingkungan bendera. Pada tahun 1917, warna merah tersebut digantikan dengan warna biru, yang merupkan warna hari Jumaat bagi orang Thai dan juga hari kelahiran Raja Mongkut.

Bendera Thailand, dalam bahasa Thai disebut sebagai Thong Trairong yang bermakna, “bendera tiga warna”. Bendera ini menunjukkan lima jalur yang mendatar dengan warna merah, putih, biru, putih dan merah, dengan ukuran jalur biru yang ada di tengah dua kali lebih besar dari jalur-jalur yang lain. Warna merah-putih-biru secara berurutan melambangkan “negara-agama-raja”. Bendera ini digunakan secara rasmi pada 28 September 1917. Continue reading “Sejarah Bendera Thailand”

Chatuchak Market, Bangkok

Chatuchak Market merupakan pasar terbesar di Thailand yang hanya dinuka pada hujung minggu sahaja. Dengan keluasan tapak seluas 35 ekar, ia memiliki lebih dari 8,000 gerai jualan yang terbagi di 27 kawasan.

Secara purata, pasar ini akan dikunjungi lebih dari 200,000 orang pengunjung sehari. Kebanyakan mereka yang mengunjungi pasar minggu ini ialah para peniaga, pemborong dan pelancong (30 peratus).

1001 jenis barangan dijual disini. Antaranya ialah makanan, minuman, makanan kering, ceramik, buku, pakaian, barangan antik, dekorasi rumah, tanaman, dan haiwan peliharaan.

Continue reading “Chatuchak Market, Bangkok”

Gajah Putih

Gajah putih (atau gajah albino) ialah gajah biasa dan tidak bezanya dengan spesis gajah biasa yang lain.

Ia sering digambarkan sebagai berwarna putih salji, walhal kulit ia sebenarnya berwarna coklat lembut kemerahan yang berubah menjadi warna merah muda apabila basah. Ia memiliki bulu mata dan kuku yang lentik. Di Thailand, gajah putih (Bahasa Thai: chang phueak) dianggap suci dan sebagai simbol kekuasaan kerajaan. Semua gajah putih yang dijumpai harus diberikan kepada Raja.

Semakin banyak gajah putih yang dimiliki oleh raja, dipercayai akan semakin besarlah kekuasaannya dan semakin baik nasib kerajaannya. Kerana tradisi-tradisi inilah Negeri Siam juga mendapat jolokan sebagai Negeri Gajah Putih. Raja Thailand – Bhumibol Adulyadej atau “Rama IX” memiliki sepuluh ekor gajah putih.

Di Thailand, meskipun memiliki kulit pucat, seekor gajah putih tidak semestinya albino. Calon haiwan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria fizikal dan perilaku (termasuk warna mata, bentuk ekor dan telinga, dan kecerdasan). Gajah yang lulus ujian kemudian dimasukkan ke dalam salah satu dari empat kategori dan ditawarkan kepada raja.

Continue reading “Gajah Putih”

Ringgit kepada Bath Thailand

Siap sedia untuk terbang ke Bangkok dalam beberapa hari ini. Persiapan yang paling penting ialah tukar duit Ringgit kepada Bath Thailand.

Pusing punya pusing, rupanya kadar tukaran tidak banyak bezanya dengan kadar 2 tahun lepas. 0.119 dengan 0.12 pengsan. Sebelum ini aku tukar di Presint 15. Tapi kali ini aku tukar di Warta Bangi.

Katanya kadar tukaran wang yang paling murah ialah di Midvalley atau Ampang Park. Tapi, pusing sana sini sama je. Sebab jarak yang jauh serta kekangan masa. Ambil je mana yang paling dekat. Continue reading “Ringgit kepada Bath Thailand”

Sungai Chao Phyra, Thailand

Sungai Chao Phraya atau “Menam Chao Phraya” adalah sungai terpanjang di Thailand.

‘Me’ bermaksud emak. ‘Nam’ bermaksud air. Istilah ‘Chao Phraya’ pula bermaksud Sungai Raja atau sungai milik Tuhan.

Panjang sungai ini ialah 372 kilometer. Ia mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan.

Continue reading “Sungai Chao Phyra, Thailand”

Projek Diraja Chitralada

Projek Diraja CHITRALADA – Projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia yang diilhamkan oleh keluarga diraja.

Projek ini dijalankan di Istana Chitralada, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961. Pelbagai aktiviti dan kajian telah dijalankam untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani di Thailand.

Continue reading “Projek Diraja Chitralada”

Asal Usul Nama – Kembar Siam

Sejarah mencatat, istilah kembar siam digunakan buat pertama kalinya untuk dua saudara kembar bernama Chang Bunker dan Eng Bunker. Mereka saling melekat di tulang sternum dan hati mereka. Akan tetapi masing-masing lengkap secara anatomi.

Mereka lahir pada 11 Mei 1811 di daerah Samutsongkram, Siam. Tempat kelahiran mereka di Siam ini kemudiannya menjadi asal muasal istilah ‘kembar siam’ yang akhirnya terus diguna pakai hingga sekarang. Continue reading “Asal Usul Nama – Kembar Siam”

Bangkok Kaya Pelbagai Selera

bangkok

Bangkok Kaya Pelbagai Selera : Budaya, makanan gerai, beli belah, hidupan malam

Tak kira apa minat anda, Bangkok, atau nama manjanya Big Mango, mampu menyediakannya: sama ada anda suka akan budayanya, gemar beli-belah di gedung besar atau menyesatkan diri di lorong-lorong chenta. Kata kuncinya adalah relaks. Turuti kata-kata Thai mai pen rai (apa yang bakal terjadi) dan sikap sanook (seronok itu mudah) dan anda takkan gagal untuk menikmati kota yang terkapar, mengelirukan dan cukup memikat hati ini.

Iklim Thailand

Iklim Thailand selalu dikatakan sebagai panas (November-Februari), lebih panas (Mac-April) dan basah (Mac-Oktober), dan terdapat sedikit variasi mengikut daerah. Bangkok adalah destinasi sepanjang tahun, walaupun April sangat panas dengan suhu mampu mencecah sehingga 40°C, dan bulan September dan Oktober biasanya banjir. Musim sejuk, dengan langit biru dan berangin paling menyeronokkan – tetapi ia juga saat paling sibuk bandar ini.

Terdapat 18 cuti umum dalam setahun di Thailand, di mana kebanyakan perniagaan ditutup, tetapi kedai dan restoran di pusat pelancongan kekal dibuka. Songkran, Tahun Baru Thailand dan percutian terbesar jatuh pada pertengahan April. Continue reading “Bangkok Kaya Pelbagai Selera”

Sejarah Ras Kucing Siam

Kucing Siam – sejarahnya lebih banyak berisi mitos dan legenda berbanding fakta. Walaubagaimanapun, banyak mitos yang menceritakan kucing ini memiliki ikatan khusus dengan kerajaan Siam.

Berdasarkan manuskrip, jenis kucing Siam merupakan salah satu ras kucing tertua dimana ia telah mula dikenal pasti pada abad ke-14. Sama seperti namanya, kucing ini berasal dari Thailand (dahulu dikenali sebagai Siam).

Penampilan dan sikapnya yang menarik menyebabkan kucing ini digemari oleh para bangsawan. Ketika seseorang anggota kerajaan meninggal dunia, mereka percaya kucing ini akan menerima jiwa orang tersebut. Oleh yang demikian, kucing ini akan dipindahkan ke kuil untuk menghabiskan sisa hidupnya dalam kemewahan. Biarawan dan pendeta yang tinggal di kuil akan bertindak sebagai pelayannya.

Continue reading “Sejarah Ras Kucing Siam”