Mohon Sambung Belajar Sarjana di UPM

Dimulakan dengan Bismillah, harapnya akan diakhiri dengan ucapan Alhamdulillah juga ahaks. Semalam, aku selesai buat permohonan untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana (Komunikasi Korporat) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berdebar juga rasa dihati. Entahkan lulus entahkan gagal haha. Tak mahu push sangat sebab kalau ada rezeki, jalan terus. Kalau tak ada rezeki, pastinya memang rezeki aku ditempat lain pula. Pengsan.

Kenapa Komunikasi Korporat? Sebab sejak tahun 2009 hingga sekarang, kerja aku dok di bidang komunikasi korporat sahaja. Pengalaman pun pusing-pusing disini juga. Dari Unit Komunikasi Korporat MOA sehingga ke Pejabat Menteri dibawah seliaan Setiausaha Akhbar sehinggalah sekarang ini di Jabatan Korporat dan Pemasaran.

Aku pun terkapai-kapai nak sambung jurusan Matematik. Lagaknya macam tahu. Tapi, benak hati risau tak berkesempatan nak menghafal formula. Kau ingat senang ke. Pengsan.

Asalnya nak mohon di UKM je. Tapi, selepas telefon mereka. Sedih dan sentap sebab walaupun separuh masa, tetap tidak sesuai untuk aku. Class dijalankan pada hari biasa waktu pejabat katanya. Jadi, UPM sahajalah pilihan yang ada. Nak UiTM pula terasa amat jauh noooon di Shah Alam. Tak sanggup travel jauh semata-mata. Apapun, aku akan cuba habiskan duit RM50 untuk mohon juga haha.

Haiii, mana nak cekau duit sekitar RM12K hingga RM15K disepanjang pengajian di UPM kelak (kalau lulus). Gigih berjimat cermat sekarang. Kalau tak, terpaksa buat pinjaman pendidikan. Nak keluarkan duit KWSP pula sudah tiada. Sebab dah buat untuk pinjaman perumahan hahaha. Its okay dude. slow slow. You can do it!

Risau juga sebenarnya dengan kadar kefasihan bahasa inggeris aku. Yelah, sudah lama meninggalkan dunia swasta. Dahulu, time kerja di Celcom memang mother tongue aku English haha. La ni keje di sektor kerajaan, Bahasa Malaysia sahaja yang dituturkan.

Aku ada semak silibus pelajaran untuk komunikasi korporat. Memang dijalankan dalam bahasa inggeris. Paling seram adalah silibus Public Speaking. Pengsan peluh tak henti keluar macam tu.

In term of presentation pula, aku kena recall balik lah bertih-bertih jagung untuk melancarkan lagi kefasihan bercakap. Belajar grammar juga penting. Yelah, nak buat assignment bagai juga.

Apapun, ini semua kalau dapat Komunikasi Korporat. Sebagai backup, aku plan nak sambung Master in human resources development. Ini aku akan mohon untuk pengambilan September 2019.

Sambung Belajar Peringkat Sarjana

Akibat terlalu banyak menonton drama bersiri di Internet, aku menjadi rindu dan ketagih untuk merasai semula ‘kegigihan belajar’ di Universiti. Pada masa yang sama, aku rasa agak bosan dengan kehidupan sekarang. Rasa macam perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Tak syok lah kehidupan dengan pergi kerja dan balik kerja sahaja. Kemudian, malamnya aku penuhi dengan membaca buku / melayari internet / tidur seawal 9 malam. Pada awalnya, aku rasa tenang. Tapi, lama-lama aku rasa kosong.

Sebab itulah akhirnya aku datang dengan satu idea. Kenapa tidak aku sambung sahaja belajar. Lagipun, anak saudara aku baru je sambung belajar Ijazah Sarjana Muda pelancongan di UiTM Melaka. Rasa semangat pulak nak join sekaki. ahaks.

Aku duduk sekitar Kajang dan bekerja pun sekitar Bandar Tasik Selatan sahaja. Jadi, aku mula membuat kaji selidik di internet dan bertanya kawan-kawan mengenai perkara berkaitan MASTER. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah pilihan utama aku sekarang ini.

Aku punya kelulusan Diploma Sains Kuantitatif dan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Matematik dari UiTM Shah Alam. Tapi, di alam pekerjaan aku banyak berkecimpung dalam bidang komunikasi korporat. Skop kerja dan pengalaman aku banyak kepada perkara berkaitan perhubungan awam dan IT. Jadi, kelihatan tiada gunanya aku sambung belajar jurusan yang berkaitan matamatik secara langsung.

Yeah, ada rakan tidak bersetuju dan lebih menggalakkan aku untuk sambung jurusan yang sama (Matematik). Tapi, masalahnya banyak terma dan formula yang aku sudah lupa. Aku rasa tak mampu / bimbang tak boleh bawa secara separuh masa. Aku rasa tak mampu nak tukar-tukar otak sekejap komunikasi sekejap formulasi? hahaha Pengsan.

Lagipun, tak nampak lagi Master berkaitan Matematik yang boleh buat separuh masa. tengok gaya nampak macam sepenuh masa belaka kesemuanya.

MASTER SAINS SOSIAL (UKM)

Aku berkanan nak ambil Master Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi) sebab aku bekerja dalam bidang komunikasi ahaks. Aku ada terjumpa butiran kursus dan subjek yang diajar. Nanti aku akan butirkan dalam posting yang lain. Langkah demi langkah.

MASTER EKONOMI ISLAM (UKM)

Kenapa Ekonomi Islam? Sebab Thesis aku adalah ‘Managing Islamic Bonds By Using Musyarakah Mutanaqisah’. Memang sedang elok snagatlah tu. Lagipun kat rumah aku memabg banyak buku berkaitan perbankan / ekonomi islam. Memang best yang amat lah kan ahaks. Tapi takpe, kita lihat dahulu apa subjek pembelajaran didalamnya.

Kalau ikutkan kepada yuran yang dikenakan, ia agak murah dan ada kawan yang kata yuran Master di UKM lebih murah berbanding UPM.  Pendaftaran pula hanya boleh dibuat sekitar bulan Oktober hingga November (untuk pengambilan Feb). Makanya, masih ada masa untuk mengkaji itu dan ini. Insyaallah semoga dipermudahkan.

Agak-agak, kenapa UKM? Sebab Shahrizal (kawan baik aku di UiTM) telah selamat mendapat Master di UKM. Dia sekarang ini sedang sambung PhD di UKM juga. Dia adalah salah seorang yang sangat menggalakkan aku untuk sambung Master di UKM ahaks.

Lokasi UKM Bangi pun memang dekat dengan aku yang duduk di Kajang. Easy access. Insyaallah.

MASTER KOMUNIKASI KORPORAT

Orang kata, Komunikasi Korporat yang terbaik adalah dari UPM. Tapi kawan-kawan UiTM kata, Komunikasi Korporat kata, UiTM lah yang terbaik. Tak tahulah pula apa kata orang UKM. Masing-masing kata yang terbaik. Gitulah gamaknya. Akhirnya, mana satu kos yang paling berbaloi dan murah untuk dibayar ahaks.

Tapi, dalam kes aku, insyaallah aku akan usahakan untuk buat pinjaman pendidikan yang akhirnya akan menjadi biasiswa kalau dapat pointer keseluruhan 3.8 keatas.

Hairan, aku tak jumpa kos selain Komunikasi Korporat yang bersesuaian dengan aku. Nampak gaya, untuk UPM ini aku mohon untuk jurusan Master Komunikasi Korporat sahajalah ek. Pengsan. Doakan aku berjaya dan lancar kesemuanya. Insyaallah.

Langkah seterusnya ialah hubungi UKM dan UPM untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai subjek dan keistimewaan etc masing-masing. Waktu kelas tu pun penting juga huhu.