SUSHI KING

Suka makan makanan jepun? Bagi aku, hampir kesemua atau 100% penggemar makanan jepun pasti pernah makan di Sushi King – rasanyalah kot. Logiknya, berapa kerat sangatlah restoran makanan jepun kat Malaysia ini.

image
Sushi King

Lama sebenarnya tak makan di Sushi King nie. Last aku makan kat Jusco Taman Universiti Skudai Johor kot. Lucky, pada ramadhan 2012 ini aku berkesempatan untuk berbuka puasa di Sushi King KLCC. Asalnya memang nak berbuka puasa di Chili’s, tapi dek kerana kekosongan hanya ada pada jam 9 malam. . . So, aku pilih Sushi King je. Nyum nyum

image
Sushi King KLCC

Lama tak makan. . So, boleh r yummy yummy puas2 kat sini. Katanya
image

Tapi, sedih cz layanan dan service yang diberikan disini seakan tidak seperti yang diharapkan. Makanan yang disediakan pun tak sesedap apa yang dihidangkan di Taman Universiti Skudai Johor. Not sure kenapa. Maybe orang ramai sangat kot. Tapi seriously, memang tak syoklah.
image

image

Dan yang penting, aku suka makan teh hijau dier. Tapi sedih cz semalam diorang bagi aku teh hijau sejuk. Aku order yang suam punya. Sentap Tapi nak buat macam mana. KLCC memang ramai orang. Sometimes, orang yang ramai boleh menyebabkan kualiti service yang diberikan down. But, do i care? Bayar service tax OK!

image

image

image

image

image

image

image

BUBUR LAMBUK KAMPUNG BARU

image
Bubur Lambuk

Bagi aku, bubur lambuk kampung baru memang bubur lambuk yang paling sedap pernah aku rasa setakat ini. Aku baru realize perkara perkara ini pada ramadhan 2012 ini.hihi. . . Pengsan

Alhamdulillah, ramadhan kali ini aku dapat makan banyak kali bubur lambuk – percuma dan of cz mostly bubur lambuk ini made by kampung baru.

Rasanya sedap + tidak terlalu berempah + lembut + just nice. Jumpa lagi tahun depan. Insyaallah

MR KABAB DAN NASI BIRYANI

Aku berbuka di Restoran Mr Kabab & Biryani semalam. Itupun aku pergi pukul 8.30 malam camtu. Malas nak bersesak dengan orang time waktu berbuka. Huhu. . . Tapi sebelum itu aku berbuka dahulu dengan lemang yang dicicah dengan kari ayam dan rendang tok. Kari ayam tu aku masak sendiri. Rendang tok tu aku beli. . Hihi aku tak reti masak daging. Tak minat sangat

image

Makan kat restoran macam ini tak boleh selalu sangat. Kalau ko banyak duit & tak kisah dengan berat badan, boleh lah. Huhu. . .

Aku mengenali masakan arab ini daripada rakan office yang secara tiba tiba mengajak aku makan di Restoran Saba Cyberjaya. Cerita 2 tahun lepas haha. Time tu rasanya restoran ini sahaja kot yang menyediakan masakan daripada timur tengah di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya ini. Tapi sekarang tengoklah. . Tumbuh bak cendawan sana sini.

image

Restoran Mr Kabab and Biryani ini terletak di Precint 15 Putrajaya. Dekat lah juga dengan tempat tinggal aku sekarang. Penuh je memanjang orang kat sini. Masyuk je orang tu. Makin lama aku tengok lot restoran ini makin bertambah. Business maju gamaknya. Huhu

Apa yang aku makan semalam? Seperti biasalah kot, aku order ayam tandori dan juga roti nan cheese. Kawan aku pulak order Mandy rice – ada ayam didalamnya. Pusing pusing, aku tengok nasi arab ini lebih kurang je kot. Yang membezakannya ialah cara masakan ayam tu. Kabsyah or hanith or roasted or mcm2 lagi. Cara masakan nasinya sama je kot. Betul ke?

Continue reading “MR KABAB DAN NASI BIRYANI”

KARI AYAM SUPER PEKAT

Sedar tak sedar, aku sebenarnya seorang penggemar kari. Yummy yummy. . .lagi lagi kalau kari super pekat. Nyum nyum memang berselera je aku makan.

image

Gigih pergi Mydin untuk beli ayam semata mata nak makan kari ayam hihi. Sebelum sebelum ini aku tak reti sangat nak masak kari. Usha punya usha dan aku fikir, sampai bila nak mengharapkan orang lain + makan luar. . .that why aku belajar sedikit demi sedikit macam mana nak masak kari. Jadi juga akhirnya. This is my 2nd time masak kari ayam. Hahaha

Pekat, lazat dan menyelerakan. Cicah dengan lempeng / lemang memang sedap dan menyelerakan.

Masakan orang bujang memang camnie.

AYAM TANDORI DAN ROTI NAN CHEESE

Dimanakah tempat makan yang ada ayam tandori dan roti nan cheese yang paling sedap sekali? Ayam tandori + roti nan cheese by restoran arab or restoran mamak?

Lama kot tak makan ayam tandori dengan roti nan cheese. Biasalah, time bulan puasa inilah nak mengidam makan macam macam. Pengsan

image
Muka Orang Mengidam

Dek kerana itulah, hari ini aku buka puasa yang yok je cz lepas solat Maghrib aku p makan ayam tandori dan roti nan cheese di Restoran Haji Tapah Precint 16 Putrajaya. Dekat sedikit dengan rumah. Tak gitu

Ikutkan hati, nak je makan di restoran arab. Tapi, hari raya ni nak guna banyak ongkos..simpan dulu hasrat tu. Makan di Mamak pun OK r. Janji dapat lepas gian. Huhu

image
Ayam Tandori dan Roti Nan Cheese

Aku pilih tempat ini pun cz budak budak office dan orang sekeliling kata kedai sini sedap. Itu yang aku try tu. Khabarnya nasi briyani disini sedap. Orang kata…

Huhu. . . Apapun, tertunailah hasrat dihati pada malam ini. Huh lega. Tapi secara jujurnya, cara masakan dan rasa ayam tandori dan roti nan cheese disini tetap tak boleh nak kalahkan rasa ayam tandori dan roti nan cheese di restoran mamak yang ada di Taman Universiti Skudai Johor. Aku tak ingat nama restoran itu. Tapi restoran ini terletak betul betul berhadapan dengan Balai Bomba. Su yang perkenalkan kepada aku. Memang sedap lazat dan nyum nyum. Mee goreng mamaknya pun sedap. Memang puas hati yang amat. Tak tahulah orang lain. Tekak masing masing ūüėõ

MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai makan¬†Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya¬†dan semalam aku berpeluang pergi merasa pulak. Ohhh… perancangan addhock. Nasib baik time aku pergi memang orang tak ramai sangat yang pergi + booking hihi. Lucky one

Muka Orang Puasa – Calon Syurga

Aku pergi area jam 6.30 petang semalam – takut penuh gamaknya

Terkejut gak cz tiada orang sangat time aku pergi tu. Oh, lupa semalam orang belum gaji lagi. Of cz hari ini dan seterusnya memang penuh je buffet buffet ramadhan di mana mana ūüôā Pengsan. Apa yang aku suka disini ialah, kaunternya terletak diluar. So, taklah sempit sangat kalau orang ramai berpusu-pusu datang pada masa dan detik yang sama. Hebat Continue reading “MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA”

BUFFET RAMADHAN DI SHANGRI LA HOTEL KL 2012

BUFFET RAMADHAN DI RESTAURANT LEMON GARDEN SHANGRI LA HOTEL KUALA LUMPUR 2012 – Tercari cari juga sebenarnya maklumat untuk buffet ramadhan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur untuk tahun 2012 ini. Susah mahu cari maklumat berkaitan. Akhirnya, google punya google dapatlah jumpa di Sunday People. Tapi aku tidak pasti maklumat ini untuk tahun bila. Article tidak menyatakan tarikh. Pengsan… ada juga article seperti ini.Aku anggap article ini adalah untuk tahun 2012. Nampak macam baru je

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2012
Buffet Ramadhan Selangor 2012 

Dan pagi ini aku menerima email pembetulan daripada Billah Kamal Baharun, Restaurant Marketing Manager Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Rupanya maklumat pada Sunday People itu bukan untuk tahun 2012. 

Berikut merupakan keterangan Buffet Ramadhan Shangri La Kuala Lumpur bagi tahun 2012 yang telah di emailkan oleh Mr Billah Kamal Baharun.

……………

Dear Mr. Dennis,

Greetings from Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

We have viewed your personal blog in the net. Apparently the info you have posted is not the latest information with regards to our fasting month buffet 2012

For more info, please dial 60 3 20743900 or email to restaurantreservations.slkl@shangri-la.com.

The buffet pricing will be as following:

International Buffet with Open Air Barbecue Prices :

  • RM 115++ per person (every Sunday to Friday)
  • RM 135++ per person (every Saturday)
  • Children price is half price of an adult.
  • Children below 6 years old is complimentary for maximum 2 persons per booking.

Thank you and with kind regards

Billah Kamal Baharun, Restaurant Marketing Manager
Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50250 Malaysia
603 20743900 603 20743560 billahkamal.baharun@shangri-la.com www.shangri-la.com

……..

Sebarang kesulitan amat dikesali