Pertama Kali ke IKEA Tebrau

Tadi malam, pertama kali aku ke IKEA dan Toppen Tebrau Johor Bharu. Tergamam melihat kebesaran dan keluasan pusat membeli belah di selatan tanah air ini. Terkejut pun ada juga sebab tak tak ramai mana orang. Tapi, terkejut juga sebab ada terdengar orang di Lif bagitau bilangan pengunjung pada ketika itu ramai. Hurmmm, bagi aku tak seramai mana jika dibandingankan dengan pengunjung di IKEA Cheras dan Mutiara Damasara. Culture Shock sebentar aku. Betul ke?

Saiz parking lebih besar dan lebih tinggi berbanding IKEA di Lembah Klang. Aiyooo, syoknya. Terasa teringin mahu pergi lagi. Yelah, aku sampai sana pun sekitar pukul 8.30 malam. Sekitar 9 malam baru mahu makan di medan selera IKEA. Tak menyempat mana mahu jalan-jalan sekitar IKEA dan Toppen.

Baca: Makan Sedap Di Restoran Nasi Kukus Tok We

Apa yang menarik perhatian, susun atur meja dan kerusi di IKEA Tebrau ini lebih moden dan selesa. Umpama makan di ruang tamu. Makan di sofa, kerusi tinggi, meja belajar etc. Meja dan kerusi yang pelbagai. Tak seserabut apa yang ada di Lembah Klang. Luas!

Terasa satu hari nanti mahu bercuti seorang diri di sekitar Johor Bharu dan perasan jadi pelancong. Yup, sibuknya hidup aku pada ketika ini sampaikan aku perlu waktu untuk bercuti. Percaya tak? Usia semakin menigkat. Terasa kudrat tidak secekap dan sehebat dahulu. Hairan! apa puncanya. Aku cemburu tengok lagak manusia yang semakin berusia tapi semakin ligat bekerja.

Baca: Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Harapnya, pada usia 40 tahun, aku sudah mampu mempunyai pendapatan sampingan mencecah RM10 ribu – RM15 ribu.

Desaru Coast, Johor Malaysia

Pembangunan pelbagai projek pelancongan bertaraf antarabangsa dengan jenama terkenal di Desaru Coast dekat Kota Tinggi akan memperkukuhkan lagi kedudukan Desaru sebagai destinasi pilihan. Pembangunan di kawasan ini telah memberikan banyak impak positif dan limpahan ekonomi di kawasan berdekatan. Secara tidak langsung telah mewujudkan lingkaran pelancongan sehingga ke Tanjung Balau sebagai zon tarikan pelancong.

Desaru Coast, antara hotel terkemuka yang telah / bakal beroperasi di Desaru Coast ini ialah Hotel Anantara, Hotel Hard Rock, Hotel Westin, Aman Resort, The Els Club Desaru dan Desaru Coast Adventure Water Park.

Desaru Coast adalah resort destinasi bersepadu premium dan salah satu pembangunan pelancongan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia yang mewujudkan gabungan hotel dan resort yang terkenal di dunia, pusat persidangan, padang golf 27 dan 18 lubang, taman tema air dan perkampungan runcit.

Pemaju induk resort tersebut ialah Desaru Development Holdings One Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Themed Attractions Resorts (amp) Hotels Sdn Bhd. Fasa pertama pembangunan Desaru Coast yang dijangka siap pada tahun 2018 ini turut membuka peluang pekerjaan sebanyak 1,700 dan keseluruhan 4,000 menjelang tahun 2021 kepada penduduk setempat. Lebih menarik lagi, komponen di dalam fasa pertama ini turut meliputi kawasan taman tema air, Desaru Coast Adventure Water Park.

Desaru Coast Water Park Price,

Baca: Makan Sedap di Desaru Johor

Desaru Coast Adventure Water Park bakal menampilkan salah satu kolam berombak terbesar di dunia yang mampu menghasilkan ombak luncur dan gelongsor air untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Terdapat juga kelab golf, The Els Club Desaru Coast mempunyai 45 lubang menerusi dua kelab berlainan yang beroperasi sejak tahun 2017. Bagi melengkapkan lagi aktiviti di taman tema ini, Desaru Coast bakal melancarkan Desaru Coast Riverside yang menawarkan pilihan restoran, kafe dan pusat hiburan untuk pengunjung.

Memandangkan Desaru Coast Malaysia sebuah projek integrasi premium, ia juga bakal memperkenalkan pusat persidangan, Desaru Coast Conference Centre serba lengkap dengan kawasan bankuet dan ruang pameran memuatkan hingga 1,000 orang.

Desaru Coast Malaysia juga bakal membangunkan projek terminal feri penghubung antara lokasi berkenaan dengan Singapura. Projek itu dijangka dapat beroperasi selewatlewatnya pada 2020, sekali gus meningkatkan jaringan laluan antara Malaysia dan Singapura serta merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan.

desaru coast,desaru,desaru hotel,desaru fruit farm,pulai,desaru theme park,amansari hotel, desaru,desaru beach resort,desaru johor,tunamaya desaru,desaru waterpark,desaru beach,lotus desaru beach resort,kuala kubu bharu,lotus desaru,desaru resort,hotel desaru,desaru coast water park,desaru coast hard rock,desaru coast adventure waterpark,desaru coast price,westin desaru coast,desaru coast theme park,desaru coast water park price,the westin desaru coast resort,

Buffet Ramadan di Myra Bistro M Suite Hotel Johor Bharu

Alhamdulillah rezeki, ada kawan yang baik hati membelanja kami makan Buffet Ramadan di Myra Bistro M Suite Hotel, Johor Bharu. Seronok bukan kepalang. Harga pulak RM98 seorang. Memang rezeki yang tak mampu nak ditolak.


Secara kebetulan, hari itu adalah hari bekerja. Jadinya, tak ramai orang sangat yang datang berbuka puasa. Minggu sebelum gaji. Jadinya, suasana pun agak selesa dan santai. Tidak terlalu beratur atau berebut sangat. Segalanya tenang-tenang sahaja.

Kami pula datang agak awal. Jadinya, sempatlah aku ambil gambar sekitar. Sebelum orang datang, snap lah memana sudut yang difikirkan cantik. Nyum nyum nyum.

Seronoknya bukan kepalang. Sebab juadah yang disediakan adalah ala kampung. Aku pula memang orang Johor. Jadinya, selera Johor tu memang ada. Sedap belaka kesemuanya. Rasa geram je tengok juadah yang disediakan hahahaha.

Asam pedas Johor yang sedap yang amat!

Alhamdulillah sedap. Memang puas hati makan kat sini. Insyaallah kalau oustation di Johor Bharu lagi, nak menginap disini pula. Sedappppp.

Sahur di Thistle Johor Bharu Hotel

Minggu lepas aku oustation di Johor Bharu. Alhamdulillah, dapat duduk di Thistle Johor Bharu Hotel. Lama giler tak datang Johor Bharu. Kali ini, ambil peluang datang dan jalan-jalan sana sini. Macam-macam perubahan yang aku tengok. Tinggi-tinggi belaka bangunan pesisir pantainya ahaks.

Duduk pun 3 hari. Bermakna, mahu tak mahu terpaksalah sahur di hotel sahaja. Disini, waktu restaurant dibuka untuk sahur ialah 2.30 pagi hingga 5.30 pagi. Agak panjang masa yang diberikan. Tapi, aku turun makan pukul 4.30 pagi je. Jadinya, ada masa lebih kurang 1 jam untuk makan dan relax tengok orang makan.

Tidak banyak pilihan menu yang disediakan. Sepatutnya, bagilah menu nasi lemak ke kan. Simple je juadah yang disediakan. Pengsan. Jadinya, aku banyak kali ulang makan bubur je lah. Dah itu je bagi aku yang paling sedap. Sekadar makan untuk isi perut.

Apapun, not bad. Alhamdulillah kenyang dan bertenaga buat kerja sepanjang hari. Ahaks

Sedikit Info Mengenai Pulai Johor

Pulai terletak dalam dua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berstatus bandar raya, iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta menjadi sebahagian daripada koridorekonomi yang pesat membangun, iaitu Iskandar Malaysia.

Jajaran kawasan Parlimen ini antara lokasi yang mendapat limpahan manfaat paling banyak daripada pembangunan dan kemajuan yang berlaku. Situasi itu membuatkan ramai penduduk memilih untuk berhijrah ke Iskandar Malaysia termasuklah di Parlimen Pulai bagi mencari rezeki.

Kawasan Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu Perling dan Kempas.

Ahli Parlimen Pulai bagi PRU14 ialah YB Salahuddin Ayub yang mewakili Keadilan-AMANAH menang dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi parlimen Pulai mengalah calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan calon Pas, Dr Mohd Mazri Yahya. Beliau memperolehi 55,447 undi berbanding Nur Jazlan (26,523 undi) dan Dr Mohd Mazri (4,332 undi).

 

50 Tempat Menarik di Johor

  1. Muzium Diraja Abu Bakar – Merupakan bangunan yang tertua yang ada di Johor yang dibina pada tahun 1866. Sebelum ini merupakan Istana untuk Sultan Johor sebelum ditukar menjadi sebuah muzium pada 1892. Dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak sejarah yang hebat tentang Keluarga Diraja Johor.
  2. Muzium Kota Tinggi – Kompleks bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelbagai bahan sejarah dan artifak tentang negeri Johor dan Kesultanan Melayu Johor.
  3. Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru – Juga dikenali sebagai Chinese Heritage Museum dan merupakan sebuah galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang komuniti masyarakat Cina dan pembangunan negeri Johor.
  4. Muzium Nenas – Terletak di Pontian, Johor dan kira-kira sejam perjalanan dari Johor Bahru. Di sini pengunjung berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan proses penghasilan produk daripada nenas. Selain pelbagai informasi berkaitan dengan sejarah nenas di galeri, anda juga boleh membeli produk yang dibuat dengan nenas di sini seperti jem dan jus nenas.
  5. Bangunan Sultan Ibrahim – Sebuah bangunan yang dibina oleh kolonial British pada tahun 1940 sebagai sebuah pusat pentadbiran. Kini ianya menjadi satu tarikan pelancongan kerana senibina bangunannya yang sangat klasik dan Inggeris style.Kuantan
    Tempat Menarik di Sarawak
  6. Pantai Desaru – Tempat peranginan di Johor yang tepi pantai yang popular dikalangan warga JB dan juga orang Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.
  7. Pantai Stulang Laut – Pantai rekreasi yang hanya beberapa km dari bandar JB dan sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.
  8. Pantai Lido – Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.
  9. Teluk Mahkota – Pantai yang berteluk dan juga dikenali dengan Jason Bay ini mengadap Laut China Selatan dan tidaklah sepopular seperti Pantai Peranginan Desaru. Sekiranya anda inginkan satu tempat bercuti tepi pantai yang tidak sibuk dengan orang, di sinilah salah satu tempatnya di Johor. Beberapa penginapan turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.
  10. Pulau Sibu – Pulau kecil yang boleh anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling ataupun menyelam. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island. Di sini terdapat resort yang boleh anda menginap ketika bercuti nanti.
  11. Pulau Rawa – Sebuah pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karagnya. Destinasi terbaik untuk anda snorkeling dan juga scuba diving. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing, berkayak dan juga berkanu. Terdapat resort di sini untuk menginap seperti Le Club Resort dan Rawa Island Resort.
  12. Pulau Dayang – Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggi. Di sini merupakan destinasi popular untuk mereka yang nakkan aktiviti scuba diving. Hidupan marin di sini memang sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti spesis jerung, paus ataupun ikan pari.
  13. Pulau Aur – Pulaunya lebih besar berbanding pulau bersebelahannya seperti Pulau Dayang ataupun Pulau Pemanggil. Di sini juga ada resort dan destinasi sesuai untuk aktiviti pulau seperti snorkeling dan scuba diving.
  14. Pulau Pemanggil – Selain terkenal dengan aktiviti menarik di pulau, di sini juga terkenal di kalangan pemancing laut dalam. Di tengah-tengah pulau terdapat kawasan berbukit dan berhutan untuk aktiviti darat seperti jungle trekking ataupun bercamping. Antara resort paling popular di sini ialah Lanting Beach Resort.
  15. Pulau Kukup – Pulau yang hanya 1 km jaraknya dari tanah besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesis-spesis haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan hutan paya bakau antara yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Kukup.
  16. Pantai Minyak Beku –  Sebuah pantai di Batu Pahat, Johor yang lebih untuk bersantai dan melepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Di sinilah juga terletaknya sebuah perigi yang dipercayai dipahat oleh tentera siam dan ada juga yang percaya dipahat oleh Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Oleh sebab telaga ini yang berpahat maka terbitlah nama daerah Batu Pahat.
  17. Pulau Besar – Pulau yang juga dikenali dengan nama Pulau Babi Besar dan bersebelahannya terdapat 2 pulau kecil iaitu Pulau Tengah dan Pulau Hujong.Digazetkan sebagai taman marin oleh Kerajaan Johor untuk mengekalkan kehidupan marin di sini. Juga popular sebagai tempat penyu (Giant Leatherback) untuk bertelur.
  18. Pulau Tengah – Pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Besar dan dikelilingi dengan taman marin yang dipelihara oleh kerajaan. Juga merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur.
  19. Pulau Hujong – Pulau yang terkecil di antara pulau jirannya iaitu Pulau Besar dan Pulau Tengah. Pulau Hujong mempunyai perairan yang cantik seperti di pulau sebelahnya untuk aktiviti snorkeling atau menyelam namun sayangnya tiada penginapan untuk pengunjung menginap di sini.
  20. Zoo Johor – Zoo di Jalan Gertak Merah terletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan.
  21. Ladang Burung Unta – Tarikan haiwan yang sangat unik berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk dicuba seperti menunggang burung unta, melihat telur unta yang besar, belajar proses penetasan burung unta dan memberi makan burung unta. Yang paling best anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan satey unta di sini.
  22. Taman Buaya Teluk Sengat – Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979. Ada beberapa ekor buaya yang saiznya sangat besar dan berusia hampir 100 tahun.
  23. UK Agro Resort/ Farm – Sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancongan dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancong yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di Malaysia. Di sini juga terdapat resort untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain tengok kambing/biri-biri ialah memanah, menunggang kuda dan melawat ladang cendawan.
  24. Tanjung Piai, Pontian– Merupakan taman paya bakau yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Di sini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghunjung platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia.
  25. Taman Negara Endau-Rompin – Merupakan taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara. Kaya dengan hidupan flora dan fauna dan batuan yang berusia jutaan tahun.
  26. Air Terjun Kota Tinggi – Sebuah air terjun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Menempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak.
  27. Gunung Ledang – Sebuah gunung yang penuh dengan cerita misteri dan menjadi salah satu destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan di kaki bukitnya terdapat tarikan pelancongan lain seperti air terjun, kemudahan resort dan kem motivasi.
  28. Air Terjun Gunung Ledang – Sebuah air terjun yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk ke sini pengunjung perlu ke Gunung Ledang Resort sebelum berjalan kaki ke lokasi air terjun.
  29. Taman Rekreasi Tasik Y – Sebuah taman rekreasi yang terletak di Batu Pahat untuk riadah bersama keluarga. Terdapat kemudahan seperti laluan jalan kaki berbata, pondok, taman permainan, replika dinasour dan gerai-gerai makan.
  30. Gunung Lambak – Satu destinasi untuk aktiviti mendaki dan jungle trekking di Kluang, Johor. Memepunyai beberapa denai yang disediakan khas untuk dan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke puncak.
  31. Zenxin Organic Park – Satu taman organik kecil yang menempatkan tubuhan herba dan pokok-pokok buahan seperti buah dragonfruit. Terdapat juga kolam ikan dan juga sangkar arnab. Sesuai sebagai destinasi bercuti sambil belajar untuk anak-anak.
  32. Taman Awam Hutan Bandar – Sebuah taman rekreasi di JB yang sesuai untuk aktiviti outdoor bersama keluarga. Antara kemudahan yang ada di sini laman permainan kanak-kanak, pondok berehat, medan selera, tasik, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
  33. Hutan Lipur Gunung Pulai – Tarikan hutan lipur di Bukit Nenas yang sesuai untuk aktiviti jungle trekking ataupun mendaki. Di atasnya terdapat sebuah air terjun yang cantik dan pengunjung boleh melalui laluan jalan kaki yang tersedia. Sering menjadi tumpuan keluarga untuk beriadah dan mandi air terjun terutamanya di bahagian kaki bukit.
  34. Taman Negara Johor Tanjung Pai – Merupakan sebuah kawasan paya bakau yang juga mempunyai haiwan seperti monyet, pelbagai spesis burung dan ketam nipah. Terdapat platform jalan kaki bagi memudahkan pengunjung melawat hutan paya bakau di sini.
  35. Taman Merdeka – Tempat rekrasi dan jogging warga kota JB di waktu pagi dan petang. Sesuai juga untuk beriadah bersama keluarga dan pemandangan di sini pun cantik terutamanya pada waktu malam kerana ada air pancut berwarna warni di tengah tasiknya.
  36. Pantai Air Papan Mersing – Pantai peranginan yang cantik yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Terdapat beberapa chalet dan resort untuk penginapan seperti Sri Mersing Resort Air Papan, Fishing Bay Resort dan Teluk Godek Beach Resort.
  37. Legoland Malaysia Resort – Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Di sini menempatkan banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan best-best.
  38. Wet World Batu Pahat Village Resort – Sebuah water park yang popular di Johor sebelum munculnya Legoland Resort Malaysia. Menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.
  39. Puteri Harbour Indoor Theme Park – Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri darpada 3 tarikan utama iaitu The Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan anak-anak sambil-sambil makan.
  40. Hello Kitty Town – Salah tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.
  41. The Little Big Club – Terletak di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park dan hiburan yang ada bersandarkan watak animasi kartun seperti Barney, Bob The Builder, Pingu dan lain-lain.
  42. Kuso Trick Art Gallery – Galeri yang menempatkan lukisan-lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk dilawati. Lukisan hidupnya nampak seakan realistik kalau anda pandai mengambil gambar dari sudut dan posisi yang betul.
  43. Angry Birds Indoor Theme Park – Merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada Oktober 2014 dan berada di aras 3 shopping mall Komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek berbasikal  kanak-kanak dan sebagainya.Satu tempat menarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak kecil.
  44. Dinasour Alive Water Theme Park – Sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang dikelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak. Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain.
  45. Danga Bay – Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  46. Desaru Fruit Farm – Ladang di Desaru yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buah tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
  47. Kluang Coffee Powder Factory – Destinasi untuk mereka yang nak melihat sendiri bagaimana proses membuat kopi dari proses memanggang, menggoreng, grinding dan proses membungkus. Pengunjung juga boleh membeli kopi segar sebagai cenderhati dari Johor.
  48. Istana Bukit Serene – Merupakan Istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh Johor Military Force. Walaupun ianya tidak dibuka untuk umum namun sering menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar istana yang cantik ini. Anda boleh lihat istana ini dari waterfront di Danga Bay.
  49. BP Walk ( Batu Pahat Walk) – Satu tempat menarik di Batu Pahat, Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah port paling best kalau nak tengok siaran perlawanan bola sepak sambil pekena menu makan best di sini iaitu sup, satay dan mee rebus.
  50. Puteri Harbour Marina – Merupakan sebuah waterfornt yang sangat moden dan juga terdapat pelabuhan yang menempatkan banyak kapal-kapal layar dari seluruh dunia. Sesuai untuk santai-santai mengambil gambar dengan panoramanya yang cantik. Terdapat juga Club House di mana anda boleh minum-minum kopi di dalam cafenya.

UBI REBUS

IMAG4570

 

Ohhh…sukar nak diungkapkan dengan kata-kata betapa sedapnya ubi rebus yang dimakan dengan sambal udang yang segar. Memang terasa keenakan dan kesegaran sambal udangnya. Aku rasa, inilah kali pertama aku makan sambal udang yang kemanisannya sangat pure dan segar.

Kalau pergi ke kawasan perkampungan nelayan, memang sedap-sedap belaka masakan mereka.

BERCUTI DI AIR PAPAN, MERSING

20150220_211327

 

Buat pertama kalinya, kami sekeluarga pergi ke Air Papan @ Mersing Johor. Gigih mak aku katakan wajib balik untuk hantar di untuk menghadiri kenduri kahwin besan di di Felda Tenggaroh huhu.

20150221_090227

 

Sesambil itu, diorang nak melancong di tepi pantai Air Papan. Pergi kendurinya kejap je. Tapi jejalannya yang lama huhu. Aku layankan sahaja.

20150221_090247

 

Tapi memang best dan tak sangka lah pula mak aku nak pergi jejalan di kawasan macam ini. Kalau nak diikutkan dia memang susah kalau nak dibawa pergi jejalan di tempat yang jauh. Oh, maybe sebab besan dia kot. Kegigihan dia memang diwarisi oleh aku. Malas berjalan tapi kalau sudah berjalan, memang merata perginya ahaks.

20150221_090415

20150221_090426

20150221_090602

 

Cantik kawasan pantai disini. Memang boleh buat industri pelancongan yang heaven. Cuma pada pandangan aku, masalah jalan yang jauh / akses jalan biasa. Kalau dibuat highway atau laluan yang lebih elok mungkin boleh buat ramai lagi pengunjung datang kesini.

BELI CERMIN MATA BARU

image

Terbeli cermin mata baru di Optical 88, Johor Premium Outlet (JPO). Dibuat secara tidak sengaja. Nak buat macam mana, dah terbeli kan?
image

Harga bingkai adalah RM88 (harga asal RM290 camtu katanya). Harga lensa pula average RM210 macam tu. So, total harga ialah RM298. Diorang buat dalam masa 1 jam.

Bingkai yang aku pilih ini jenama K-Swiss. Aku kurang pasti samaada jenama K-Swiss ini jenis jenama bingkai yang mahal atau tidak. Harapnya memang jenis yang mahal + berkualiti dan aku dapat beli pada harga yang murah hihi.

Bukan boleh percaya sangat pada harga yang dipamerkan. Betul tak?
image

Seakan menjadi satu kebetulan pulak, setiap 2 tahun aku akan menukar cermin mata. Tak merancang pun. Koleksi sangat u olllzzz. Tapi, ok lah tu kan cz Salina tukar setiap tahun hihi. Pengsan.

Emmm, aku suka bingkai penuh cz si pemakainya pun guna lasak dan pemalas. Lagipun, bukannya boleh percaya dengan cermin mata yang tidak berbingkai/ bingkai separuh. Pengalaman u ollzzz. Ada je masalahnya – skru tercabut.

Syukur cz power cermin mata aku semakin kurang. Yang semakin bertambahnya ialah power silau. Banyak sangat menghadap PC / baca dalam gelap kot. Oooooo, patutlah aku tak boleh drive malam. Begitu kaedahnya.

Pada asalnya, promoter tu propose beli lensa yang agak mahal – RM500 lebih dan RM600 lebih. Jenuh dia cuba meyakinkan aku dengan produk yang di import dari Jerman. Pastu, boleh pula kata proses order akan mengambil masa selama 2 minggu. Special import dari Jerman katanya. Ada aku kisah dengan import export ini? Hahahaha. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Cukuplah tu dikkk dengan lensa biasa. Bukannya nak guna lama sangat pun.