Berbuka Nasi Manggey di Warung Kita Bangi

Tempat makan kegemaran. Buka puasa dengan Nasi Menggey di Warung Kita Bangi. Menu kegemaran. Suka sangat yang amat amat hahahaha.

Menunya ringkas. Hanya sekadar nasi, ayam goreng kunyit yang dipotong kecil, sambal dan kuah gulai. Ringkas tapi kombinasi dan cara penyediaannya yang segar dan panas-panas sangat meruntun jiwa aku untuk menggilainya.

Jangan bagi aku teringat atau terlintas di fikiran akannya. Pantang ingat, mesti nak pergi. Ngences dibuatnya.

Ramadan yang lalu mereka buat menu tambahan iaitu kasi menu colek sekali. Kuahnya sangat sedap dikkk. Tapi awas, kena makan colek yang panas atau suam suam kuku. Jangan mencolek hidangan yang sejuk. Tak terasa kerangupannya nanti.

Bulan puasa yang lepas aku pergi 2 kali ke 3 kali makan kat sini. Sempana bulan Ramadan, diorang buka dari pukul 3 pagi hingga tengah malam (tak ingat pukul berapa). 

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *