Beli Sangkar Kucing Saiz Besar di Shah Alam

Diiikkkkk, memandangkan aku banyak kucing, bermakna aku kena menghadapi 1001 karenah anak-anak kucing. Berlari bermain sana sini. Bulu pula panjang, jadinya gigihlah aku kena sapu atau vakum bulu diorang tiap hari. Letih tau dak. Yang buat perangai pun satu hal: kencing di luar kotak pasir. Sakit hati, sebab punyalah banyak dan besar kotak-kotak bekas pasir yang disediakan, di luar kotak juga yang dia membuang. Itu belum lagi yang dok buat hal buang air di ruang tamu dan depan pintu masuk bilik. Sabar je lah.

Jadi, apa solusinya? Masukkan je dalam sangkar. Kurung mereka tatkala aku pergi kerja. Lepaskan sekejap selepas balik kerja dan kurung semula pada waktu malam. Terpaksa sebab tak larat nak membersih tiap hari. Kita pun ada kekangan dan kerja nak kena buat.

Itu yang gigih mencari dan membeli sangkar hingga ke Shah Alam jauhnya. Alhamdulillah, persinggahan ke kedai kucing yang kedua ini berjaya jumpa sangkar yang berkenan dihati. Besar gedabak punya sangkar. Masuk manusia pun boleh. At least selesa lah untuk mereka kan.

Saiz yang aku beli ini ialah 95cm x 95cm x 172cm. Agak besar dan lebih kurang tinggi saiz aku je. Boleh buat beberapa ekor kucing dan pengendaliannya pun mudah. Rasa macam nak beli lagi satu je sebab murah. Harganya cuma RM620 sahaja. Sangat puas hati.

Teruja sangat. Syukur alhamdulillah, akhirnya selesai sudah acara cuci-cuci dan bulu-bulu cinta. Lagipun 2 ekor akan dipulangkan kepada tuannya yang akan balik Malaysia nanti. Lagi seekor pula akan “dijaga” oleh orang.

 

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *