Beli Aiskrim Haagen Dazs di IOI CityMall Puyrajaya

Sedang asyik scroll timeline di Facebook, terlihat iklan aiskrim jenama Haagen Dazs. Katanya ada promosi beli 3 perisa pada harga RM75 sahaja.

Aku pun memang penggemar perasa Teh Hijau. Ehhh tak tahu pula Haagen Dazs ada perisa teh hijau hihi.

Secara kebetulan aku share dengan Salina. Katanya ada cawangan di IOI CityMall Putrajaya. Jadi, boleh lah menyinggah selepas makan malam.

Mana murah? Haagen Dasz atau Baskin Robin? Lebih kurang je kot. 

Pekerja disitu beritahu, promosi seumpama ini dibuat setiap bulan. Jadinya bulan ini adalah untuk promosi perisa Teh Hijau. Katanya bulan lepas adalah promosi perisa Rasberry. Aku pun tak pernah tahu promosi-promosi diorang nie. Baru tahu hihi.

Aku pilih perisa teh hijau, strawberry dan dark chocolate. Tak tahu lagi macam mana kombinasinya. Tapi time nak beli tu adalah mencuba. Memang memenuhi selera tekak ahaks.

Beli benda mahal pada harga promosi. Haruslah buat stok terus kan dikk. 

Dulu time pergi travel di Euro, memang pulun habis aiskrim Haagen Dasz nie. Sebab murah kan. Harga kat sana pada tukaran matawang masa tu sekitar belasan ringgit je. Ala ala murah juga lah kan. Bila lagi nak merasa. Ambil lah kesempatan yang ada. 

Alhamdulillah syukur.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI