Bekam & Urut di Ar Rayyan Kajang

Bapak lama tak berurut dan berbekam. Kali terakhir rasanya hujung tahun 2018 rasanya. Hurmm, tahun 2019 aku sibuk sambung belajar. Mana ada masa nak reward diri sendiri pergi spa bagai.

Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan pergi ke SPA Bekam Ar Rayyan cawangan Kajang. Pada asalnya aku mahu ke Bangi. Tapi selepas beberapa ketika, aku terjumpa rupanya Spa Bekam Ar Rayyan ada cawangan di Kajang. Tak jauh mana dengan rumah aku. Lokasinya pula bertentangan dengan Kedai ECO RM2.10. Sedang eloklah tu sebab aku pun memang mahu pergi beli barang di Kedai ECO.

Rezeki betul sebab aku booking waktu on the spot. Terus dapat. Booking pada pukul 3.50 ptg macam itu untuk slot pukul 4.30 ptg via WhatsApp. Tak sangka pula cepat diorang reply. Tanya gitu gini terus done. Aku ambil pakej Urut 1 Jam (RM70) dan Bekam separuh badan (RM100). Tak berani mana nak bekam seluruh badan. Tak sanggup nak kene cucuk banyak kali haha.

Baca: Niacinamide Fungsi. Keburukan Dan Kebaikan

Apapun, ini adalah pengalaman pertama aku berbekam di SPA yang mengkhususkan bekam sebagai perkhidmatan utama mereka. Sangat puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di SPA Bekam Ar Rayyan Cawangan Kajang ini. Mungkin atas faktor pekerja yang melayani aku kot. Pandai mengurut dan mem-bekam aku.

Tak terasa sakit mana cucukan jarum bekam. Cara dan gaya urutan pun taklah sakit mana. Sakit sebab kena urut sahaja – itu normal. Hurmmm, boleh lah aku datang lagi selang beberapa bulan akan datang.

Badan pun rasa ringan yang amat ini. Sebelum pergi terasa berat je badan. Terasa beban di bahagian belakang. Tapi selepas selesai berurut dan berbekam disini, terasa enak semacam. Tak tahulah ini hanya sekadar perasaan aku ke apa hahaha. Tapi, itulah dia ahaks.

Tengok, banyak sangat darah yang keluar. Setahun lebih tak berbekam katanya. Alhamdulillah, moga sentiasa sihat dan panjang umur murah rezeki huhu.

Baca: 3 Cara Berbeza – Koleksi Resepi Ayam Penyet Popular

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *