Kalau tak silap, hari ahad lepas aku bawa anak anak kucing ini jalan jalan keliling kawasan perumahan aku – naik kereta hahahaha. Kawan aku drive dan aku plak dok melayan Soxie, On J dan Mia yanh dok jakon tengok persekitaran dari dalam kereta.
Nampak benar jakon dan takutnya diorang nie. Plannya nak ajak mak diorang sekali. Tapi nampak gaya Cici time tu tak berapa sihat dan moody sokmo. Tu yang ajak anak anak dia je tu.
Agak kelakar dan terhibur plak tengok kerenah dan reaksi diorang time tu hahaha. Kalau kat rumah, dok main loncat sana sini. Tapi time kat dalam kereta, semua dok takut hahaha.
Sabar je lah dengan diorang nie.