Ayam Penyet Paling Sedap

Suka benar aku dengan Nasi Ayam Penyet HMK di MCH Bistro Sungai Besi. Sedap, rangup, pedas manis. Dihidangkan pula sewaktu masih panas. Memang terangkat habis. Amat menyelerakan.

Aku pula memang penggemar ayam penyet. Pantang tengok restoran ada menyajikan menu ayam penyet, memang aku akan rasa. Nak tengok sedap atau tak.

Pada pandangan aku, Ayam Penyet HMK ini antara yang paling sedap pernah aku rasa. Sedap dan amat menyelerakan pada kelasnya yang tersendiri.

Rasanya, entah dah keberapa kali aku makan tengahari disini. Yang perkenalkan pun rakan sepejabat aku. Sangat mengimbau kenangan.

Selama ini aku memang order set ayam sahaja. Lepas ini nak cuba set ikan keli pula. Tengok macam rangup semacam je. Tempoh hari Kak Ain order set ikan bawal. Tak boleh makan sangat sebab sudah kenyang. Next time nak datang lagi, kena datang sewaktu lapar. Boleh lah makan penuh perasaan.

Siapa sangka, kedai makan ala kiosk seumpama ini pun ada menyajikan makanan yang kelihatannya jauh lebih sedap berbanding restoran. Nyum Nyum Nyum.

Harga pula mampu milik.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *