7 Nama Nama Syurga, Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab

Berapakah bilangan tingat syurga? Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di syur-ga terdapat seratus tingkat yang setiap tingkatnya berjarak seratus tahun per-jalanan.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Dalam riwayat lain, Aisyah r.a berkata: “Sesungguhnya jumlah tingkat syurga adalah sejumlah bilangan ayat al-Quran. Maka siapa yang masuk syurga daripada penghafal al-Quran, nescaya tidak ada orang yang melebihi (tingkatnya) di syurga.” (Riwayat Ahmad)

7 Nama Nama Syurga, Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab

Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab (Rumi)

“Allahumma inni as alukal jannah, wa a’uuzubika minannar.”

Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga, dan aku berlindung denganMu daripada neraka – Hadis Riwayat Abu Daud & Ibn Majah

Doa Masuk Syurga dan Keselamatan Dunia Akhirat (Rumi)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesehatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab.

ASSALAMUALAIKUM, WAALAIKUMUSSALAM

1.Syurga Firdaus

Syurga tertinggi dan paling masyhur yang diciptakan dari dari emas yang merah. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)”. – Surah al-Kahfi, ayat 107

Ciri-ciri penghuni:

  • Para syuhada’ yang mati syahid kerana berjuang ke jalan Allah, para nabi dan rasul
  • Orang yang membayar zakat
  • Orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya
  • Orang yang memelihara solat
  • Orang yang berpaling dari pekerjaan yang sia-sia
  • Orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka

2.Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa dicipta oleh Allah dari zamrud hijau. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Yang di sisinya terletak syurga al-Ma’wa”. – Surah al-Najm, ayat 15

Menuut Ali Tafsir Atha yang mengatakan bahawa Syurga Ma’wa ini adalah sebagai tempat tinggal Jibrail dan malaikat-malaikat lainnya.

Ciri-ciri penghuni:

  • Orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
  • Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
  • Orang yang takut kepada kebesaran Allah S.W.T. dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu

3.Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn dicipta oleh Allah daripada mutiara putih. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “(Untuk mereka) syurga ‘And, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai”. – Surah al-Nahl, ayat 31

Syurga ‘Adn ini juga diberikan keistimewaan kepada meraka yang banyak bersabar dalam menerima segala ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T sepanjang kehidupannya.

Ciri-ciri penghuni:

  • Orang yang beriman dan beramal soleh
  • Orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah berikan kepada mereka secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan
  • Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh
  • Orang yang benar-benar bertakwa
  • Orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan

4.Syurga Khuldi

Syurga Khuldi dicipta oleh Allah S.W.T. dari marjan merah dan kuning. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Bertanyalah (kepada mereka) : Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?” – Surah al-Furqan, ayat 15

Ciri-ciri penghuni

  • Orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya

5.Syurga Na’im

Syurga Na’im dicipta oleh Allah S.W.T. dari perak putih. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi syurga al-Na’im”. – Surah al-Syu’ra , ayat 85

Ciri-ciri penghuni:

  • Orang yang beriman dan beramal soleh
  • Orang yang bertakwa

6.Syurga Dar al-Salam

Syurga Dar al-Salam dicipta oleh Allah dari yakut merah. Firman Allah swt yang bermaksud : “Bagi merekalah syurga Dar al-Salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.” – Surah al-An’am, ayat 127

Ciri-ciri penghuni :

  • Orang yang kuat iman dan Islamnya
  • Orang yang memerhatikan ayat-ayat al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kerana Allah S.W.T.

7.Syurga Dar al-Qarar

Syurga Dar al-Qarar diciptakan oleh Allah S.W.T. dari permata putih. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari Akhirat itu sahaja negeri yang kekal”. – Surah al-Mu’min, ayat 39

Ciri-ciri penghuni:

  • Penghuninya adalah orang-orang yang banyak melakukan kebaikan dan jarang berbuat kesilapan.

8.Syurga Maqamul Amin

Syurga Maqamul Amin ini telah diciptakan oleh Allah S.W.T daripada emas.

Ciri-ciri penghuni:

  • Orang yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

7 Nama Nama Syurga, Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab 7 Nama Nama Syurga, Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab 7 Nama Nama Syurga, Doa Masuk Syurga Tanpa Hisab

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI