4Fingers Crispy Chicken Kegemaran Kami

Ayam goreng, siapa je yang tak suka. Semua orang suka ayam goreng. 1001 resepi dan cara hidangan. Kau buat je lah apa pun restaurant, mesti akan ada menu ayam goreng yang disajikan.

Aku pun memang penggemar ayam goreng. Ayam goreng KFC dan McDonald adalah antara kegemaran. Aiyooo, takutnya dengan lemak tepu huuu.

Terkini, sejak beberapa bulan yang lalu, aku menambah koleksi ayam goreng kegemaran. Kali ini di 4Fingers Crispy Chicken. Kawan yang perkenalkan. Katanya, makan ayam gorengnya sahaja sudah memadai. Tidak perlu cicah dengan sos. Korean style katanya.

Pada awalnya aku suspicious jugalah dengan tempat ini. Tapi, wowwww selepas makan kat 4Fingers Crispy Chicken @ Nu Sentral, aku jadi ketagih. Nak lagi dan lagi dan lagi.

Selalunya aku ambil Ricebox Combo atau ala carte je. Kalau ada duit lebih aku beli ayam ala carte lebih. Tamak.
4Fingers Crispy Chicken Nu Sentral adalah tempat makan utama kami. Diorang pun ada cawangan lain di Midvalley MegaMall, Sunway Pyramid dan Berjaya Times Square.

Tapi, setakat ini aku hanya pernah pergi di Nu Sentral dan Sunway Pyramid sahaja.

Agak terkejut dan kecewa juga sebab rasanya tidak sama. Aku dan kawan setuju bahawa rasa ayam dan nasinya lebih sedap di cawangan Nu Sentral. Walaupun kuantiti nasi yang disajikan di Sunway Pyramid lebih banyak, tapi keenakannya tetap tidaj dapat menandingi rasa kalau makan di Nu Sentral.

Ayamnya pun tottaly beza yang amat. Tak yummy mana. Mungkin sebab cawangan Nu Sentral ramai orang kot. Jadi, makanan sentiasa masak dan habis. Orang non stop datang. Mungkin itu pun faktornya kot.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *