Makan Sedap di Port Dickson – Char Kuey Teow

Selalu nampak billboard King Char Kuey Teow di Lebuhraya Utara Selatan. Tengok gaya macam popular. Port makan sedap di Port Dickson Negeri Sembilan katanya. Alang-alang datang berkursus di Port Dickson, aku pun pergi lah makan sana. Nasib baik datang dengan kawan. Jadinya menumpang je lah hahaha.

Kawan kata, kalau pergi pada waktu puncak, memang susah nak dapat tempat duduk. Bayangkan, punyalah banyak kerusi meja yang disediakan. Alhamdulillah tahniah.

Baca: Cara Makan Chia Seed Untuk Kurus

Disini pun diorang ada sediakan hiburan. Sedap gilerrrrr suara penyanyi perempuan. Aku siap ambil video via IG Story. Memang terhibur. Asbab kami lepak lebih lama disitu pada malam itu hahaha. Memang sedap dengan suara yang lunak tu. Harap next time boleh datang lagi.

Aku dan Zul order Char Kuey Teow dan Abg Shah order Kuey Teow. Cepat sangat servis nya. Tak sempat borak lama, makanan dan minuman sampai. Agaknya staff diorang ramai kot.

Ada orang kata sedap dan ada orang kata tak berapa sedap. Tapi bagi aku dan kawan yang lain, sedap je makan kat sini. Mungkin atas faktor tukang masak. Ada yang sedap dan ada yang kurang. Faktor kemahiran pun memainkan peranan.

Kat sini pun ada menyediakan menu lain – satay, otak otak etc. Tapi, oleh kerana kami orang luar, memang kena merasa menu signature diorang – Char Kuey Teow.

Alhamdulillah, merasa juga.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *